- Berita
- Kereta Baru
- BMW iX xDrive50 Sport Yang Telah Dikemaskini Rasmi Dilancarkan – Dari RM465K
BMW iX xDrive50 Sport Yang Telah Dikemaskini Rasmi Dilancarkan – Dari RM465K
BMW Malaysia hari ini telah rasmi melancarkan SUV elektrik sporty, BMW iX xDrive50 Sport yang telah dikemaskini bagi tahun 2024.
CIRI MEKANIKAL
BMW iX xDrive50 Sport menggunakan pek bateri berkapasiti tinggi, 111.5kWj membolehkannya bergerak sejauh 630 km (WLTP) dengan cas penuh. Model elektrik ini boleh menghamburkan kuasa setinggi 523hp (385kW) dan tork 765 Nm, mampu memecut laju dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.6 saat sebelum mencapat tahap kelajuan tertinggi, 200 km/j.
Bateri yang digunakan kali ini memiliki keupayaan untuk menerima pengecas AC sehingga 22 kW yang mempercepatkan lagi masa pengecasan 0-100%, dalam masa kurang daripada 5 jam 30 minit. Baru pada versi kali ini juga ialah penggunaan sistem suspensi udara dua gandar adaptif.
KELENGKAPAN
Ruang dalam kabin tampil unik, dengan speaker yang tersembunyi kerana diintegrasikan di dalam rekaan tempat duduk dan pada pintu, menjadikan ruang dalam kereta terasa lapang. Sistem audio yang digunakan ialah Harman Kardon 18 speaker.
BMW Live Cockpit Professional didatangkan dengan paparan instrumen bersaiz 12.3 inci dan infotainmen 14.9 inci. Ciri BMW iDrive kini menggunakan sistem operasi terbaru daripada BMW, BMW Operating System 8.5 yang lebih memudahkan pemandu.
Kemas kini kali ini juga menyaksikan iX xDrive50 Sport ‘kehilangan’ beberapa elemen penting, termasuk bumbung kaca panorama, lampu hadapan BMW Laserlight, dan kemasan luar Titanium Bronze M.
WARNA
Model ini ditawarkan dalam enam pilihan warna badan iaitu Alpine White, Mineral White Metallic, Black Sapphire Metallic, Sophisto Grey Metallic with Brilliant Effect, Phytonic Blue Metallic, Oxide Grey Metallic and
Blue Ridge Mountain Metallic.
Sementara itu kabinnya pula ditawarkan dalam pilihan warna tema mocha atau hitam rekaan Ateliar. Pelanggan juga boleh mendapatkan rekaan dalam Suite Amido atau Castanea dengan caj tambahan RM17,300. Pilihan tema kabin lain ialah Individual Aventurine Red Metallic dan Individual Storm Bay Metallic pada harga RM6,200.
HARGA
BMW iX xDrive50 Sport ditawarkan di pasaran pada harga RM465,800, atas jalan, tidak termasuk insurans. Jauh lebih rendah sebanyak RM62,630 berbanding sebelum ini.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv