Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Accord 2024 Terima ASEAN NCAP 5 Bintang, Tetapi Malangnya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda-Accord-ASEAN-NCAP-(4).jpg


Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) bagi Honda Accord 2024 baru-baru ini telah dijalankan di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), dan ini hasilnya…


HASIL UJIAN KESELAMATAN HONDA ACCORD 2024


Model pertama yang dinilai tahun ini di bawah protokol ujian 2021-2025 berjaya memperoleh penarafan penuh lima bintang dengan markah terkumpul sebanyak 87.44. 


Honda-Accord-ASEAN-NCAP-(5).jpg


Melalui ujian-ujian keselamatan yang dijalankan, sedan ini membuktikan kemampuannya untuk mencatatkan skor tinggi dalam empat kategori: perlindungan penumpang dewasa (AOP) dengan 38.63 mata, perlindungan penumpang kanak-kanak (COP) dengan 17.75 mata, bantuan keselamatan (SA) dengan 18.57 mata dan keselamatan penunggang motosikal (MS) dengan 12.50 mata.



Honda-Accord-ASEAN-NCAP-3.jpg


Model 2024, yang dilancarkan pada akhir tahun 2023, sebelum ini telah diuji pada tahun lalu di bawah protokol ujian 2017-2020 di mana ia mencapai 91.79 mata.


Honda-Accord-ASEAN-NCAP-(7).jpg


Accord dilengkapi dengan ciri keselamatan standard seperti lapan beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Amaran Peringatan Tali Pinggang (SBR), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Visual Titik Buta (BSV), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), Teknologi Perlindungan Pejalan Kaki (PP) dan Pengesanan Kehadiran Kanak-Kanak (CPD).


Honda-Accord-ASEAN-NCAP-(6).jpg


Selain itu, ia juga disertakan dengan ciri keselamatan canggih lain seperti Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pemantau Perhatian Memandu (DAM), FCW dan AEB untuk Motosikal, yang ditawarkan sebagai ciri standard atau pilihan.


MARKAH YANG HEBAT, TETAPI…


Walaupun model ini telah diuji di Malaysia, seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Honda Malaysia memilih untuk menghentikan penjualan Accord generasi ke-11 di pasaran Malaysia memangkan permintaan terhadap model ini di negera kita tidak begitu memberangsangkan. Orang ramai kini lebih memilih SUV crossover berbanding sedan segmen D. 

Baca: Tiada Lagi Honda Accord Di M'sia


Tag:

Honda Accord
Honda Accord 2024
ASEAN NCAP
NCAP Honda
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

26-08-2025
Berita Auto
Berita Auto

10-08-2023
Global

13-07-2022
Berita Auto

Honda City & Accord Kini Dengan Warna Baharu

Honda Malaysia memperkenalkan warna baharu bagi dua buah model iaitu Honda City dan Honda Accord.

11-03-2022
Pandu Uji

Honda Accord 2020 Gasak Pesaingnya!

Kereta sedan segmen D, Honda Accord yang merupakan model generasi ke-10 kali ini tampil dengan penampilan baharu.

02-09-2021
Video

Kereta Honda Accord | Lebih Pintar daripada apa yang anda jangkakan

Jenama Honda selain dari sedap dibawa, ia lebih pintar daripada apa yang anda jangkakan! Jom tengok review Honda Accord hari ni dengan Caricarz!

27-04-2021
Berita Auto

Nak Selamat Daripada Covid? Beli Honda!

Semakin ramai pengeluar kereta muncul dengan idea-idea teknologi baharu bagi mengelakkan penyebaran virus ini.

05-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026