Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Keluar Masuk Singapura Dengan QR Kod Sahaja

Sofea Najmi

Kongsi melalui

wtqr123_NSTfield_image_socialmedia.var_1710233584.jpg


Pengembara tidak perlu lagi ke kaunter untuk menyerahkan pasport.


Bermula 19 Mac ini, orang ramai yang memasuki dan meninggalkan Singapura dengan kereta melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas boleh menggunakan  kod respons pantas (kod QR) bagi mendapatkan kelulusan imigresen dalam masa yang lebih singkat. 


Sebelum ini, pengembara perlu menyerahkan pasport kepada pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di kaunter. Tetapi kini, hanya perlu mengimbas kod QR yang dipaparkan sebelum tiba di pusat pemeriksaan untuk mendapatkan kelulusan imigresen. 


CARA MENDAPATKAN KOD QR 


Berikut adalah cara untuk mendapatkan kod QR unik untuk diserahkan kepada pegawai ICA:


#1 Muat turun aplikasi MyICA melalui platform App Store (iOS) atau Google Play Store (Android).

#2 Masukkan butiran pasport dalam aplikasi untuk menghasilkan kod QR yang unik. 


KOD-QR.jpeg


Penggunaan kod QR membolehkan pengembara menikmati proses yang lebih pantas dan mudah. (Foto: The Straits Time)

Penduduk Singapura boleh memasukkan butiran pasport dengan mudah menerusi SingPass apabila mengakses aplikasi MyICA. Mereka juga boleh menggunakan fungsi kamera terbina dalam aplikasi untuk mengimbas Zon Boleh Dibaca Mesin (MRZ) pada muka surat biodata pasport.


MANFAAT PENGGUNAAN KOD QR DI TEMPAT PEMERIKSAAN


Inisiatif menggunakan kod QR ini membolehkan pengembara menikmati pengalaman yang lebih pantas dan mudah. Masa yang dapat dijimatkan adalah kira-kira 20 saat untuk kereta dengan empat pengembara atau 1 minit untuk kenderaan dengan 10 pengembara. 


Walaupun selepas inisiatif ini dilancarkan, pengembara masih boleh memilih untuk menyerahkan pasport fizikal kepada pegawai di kaunter seperti yang dilaksanakan sekarang. 


ICA merancang untuk meluaskan penggunaan kod QR ini ke zon pelepasan lain di pusat pemeriksaan darat, membolehkan lebih ramai pengembara menikmati proses yang pantas dan mudah di masa hadapan.


Tag:

Kod QR
Pusat Pemeriksaan Woodlands
Pusat Pemeriksaan Tuas
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA)
MyICA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pelepasan Imigresen Di KLIA Kini Hanya 5-7 Saat Dengan Kod QR

Pelepasan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini kurang 10 saat dengan menggunakan sistem kod QR melalui aplikasi MyBorderPass.

06-01-2025
Berita Auto

Kerajaan Bakal Guna Kod QR Di Sempadan Johor-Singapura, Tahun Depan

Pengumuman rasmi mengenai aplikasi ini akan dibuat dalam masa terdekat.

19-11-2024
Berita Auto

Linkedua Ditutup Esok Sebab Ada Latihan Tumpahan Bahan Kimia

Linkedua Tuas dari Singapura ke Malaysia akan ditutup selama sembilan jam pada hari esok.

22-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026