Link Copiedcheck_circle
Global

Mercedes-Benz G-Class Kini Dengan Sistem MHEV 48 Volt!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mercedes-AMG-G63-MHEV-(17).JPG


Mercedes-Benz telah mengemaskini SUV ikoniknya, G-Class, dengan semua varian kini dilengkapi dengan sistem hibrid ringan 48 volt. Sistem baharu ini kini didatangkan secara standard kepada  G-Class G550 dan AMG G63, yang datang dalam bentuk pemula  generator terintegrasi (ISG) yang dikuasakan oleh pek bateri 48 volt yang kecil.


CIRI MEKANIKAL G550


Mercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-5.JPGMercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-4.JPG


G-Class G550 yang dikemaskini tidak lagi dilengkapi dengan enjin V8.


G-Class G550, yang sebelum ini menggunakan enjin V8 kini dikuasakan oleh enjin enam silinder turbo 3.0 liter, yang digabungkan dengan sistem MHEV ISG 20 hp. Dengan output sistem keseluruhan sebanyak 443 hp dan 560 Nm, versi kali ini menghasilkan 27 hp lebih tinggi berbanding dahulu, tetapi dengan output tork yang 50 Nm lebih rendah. 


Bagi mengatasi isu kekurangan tork, Mercedes-Benz telah membuat perubahan pada sistem transmisi automatik 9 kelajuan yang digunakan untuk penghantaran tork rendah yang lebih baik.


CIRI MEKANIKAL AMG G63


Mercedes-AMG-G63-MHEV-(21).JPGMercedes-AMG-G63-MHEV-(23).JPG


AMG G63 masih menggunakan trenkuasa V8 yang sama seperti model terdahulu, kini dengan sistem MHEV.


AMG G63 menggunakan sistem MHEV ISG yang sama seperti pada G550, sistem ini digabungkan dengan enjin V8 biturbo 4.0 liter seperti pada model terdahulu. Walaupun gabungan sistem trenkuasa baharu ini tidak meningkatkan output keseluruhan jentera yang masih kekal dengan angka 577 hp dan 850 Nm, Mercedes-Benz memaklumkan bahawa ISG membantu meningkatkan respon rendah atau low-end serta menjadikan tahap penggunaan bahan apinya lebih menjimatkan berbanding versi ICE.


Mercedes-AMG-G63-MHEV-(18).JPGMercedes-AMG-G63-MHEV-(6).JPG


Selain penggunaan sistem MHEV, SUV Mercedes-AMG G63 kini turut dilengkapi dengan sistem suspensi kawalan aktif yang baharu. Sistem ini berfungsi untuk meningkatkan kualiti pengendalian kereta di pelbagai jenis permukaan. Sistem suspensi ini didatangkan dengan peranti kawalan hydraulic roll,  menggantikan bar anti-roll yang lama. 


REKAAN & KELENGKAPAN G550 & AMG G63


Mercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-12.JPGMercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-13.JPGMercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-15.JPGMercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-6.JPGMercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-5.JPGMercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-7.JPG



Dari segi reka bentuk, kedua-dua G550 dan AMG G63 masih mengekalkan reka bentuk SUV ‘kotak’ yang ikonik. 


Mercedes-AMG-G63-MHEV-(7).JPGMercedes-AMG-G63-MHEV-(20).JPGMercedes-AMG-G63-MHEV-(12).JPGMercedes-AMG-G63-MHEV-(10).JPGMercedes-AMG-G63-MHEV-(22).JPGMercedes-AMG-G63-MHEV-(11).JPG

Beberapa sentuhan reka bentuk istimewa yang diberikan pada AMG G63 termasuk reka bentuk gril depan AMG Panamericana, ekzos ‘quad’ AMG, kemasan gentian karbon di pelbagai sudut kenderaan dan beberapa pilihan rim, termasuk yang direka khas untuk penggunaan off-road dengan tayar General Grabber HTS yang lasak.


Mercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-9.JPGMercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-8.JPGMercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-16.JPGMercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-18.JPG


Sementara itu, untuk bahagian kabin, perubahan terbesar pada kedua-dua G-Class adalah penggunaan sistem infotainmen MBUX terkini yang menampilkan paparan dua skrin dengan kawalan sentuhan. Model G550 kini memiliki layout kawalan digital Offroad Cockpit serta ciri transparent hood yang diambil daripada EQE SUV


Mercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-11.JPGMercedes-Benz-G-Class-G550-MHEV-10.JPG


Ciri tambahan lain adalah termasuk pemegang cawan yang boleh dipanaskan dan didinginkan, pad pengecas tanpa wayar, serta pelbagai pilihan upholsteri untuk tempat duduk dan kemasan kabin. Turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan adalah skrin sentuh bersaiz 11.6 inci untuk penumpang belakang. 


HARGA G550 & AMG G63


Mercedes-Benz G-Class yang dikemaskini dijangka akan tiba di pasaran antarabangsa yang terpilih pada penghujung tahun ini. Namun harga jualan sebenar kedua-dua model yang telah dikemaskini ini masih belum didedahkan, yang pasti, bakal dipasarkan pada harga yang lebih tinggi berbanding harga semasa iaitu $150,000 (~RM709,087) untuk G550 atau $190,000 (~RM898,177) untuk G63.


Tag:

Mercedes-Benz G-Class
G-Class
Mercedes-Benz G-Class MHEV
Mercedes-Benz G550 MHEV
Mercedes-AMG G63 MHEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’.

23-02-2026
Global

Mercedes-Benz G-Class Capai Pengeluaran 600,000 Unit

Selepas 46 tahun pengeluaran tanpa henti, jumlah kenderaan G-Class yang dihasilkan kini mencecah 600,000 unit.

07-08-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.

26-06-2025

Berita Terkini

Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026
Global

Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’.

23-02-2026
Global

Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Audi telah mengikut jejak langkah pesaing Jermannya dengan menyertai gelombang elektrifikasi apabila memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) berprestasi tinggi pertamanya, iaitu Audi RS5 2026.

20-02-2026
Global

Toyota RAV4 PHEV 2026 Tiba Di Jepun – Ada Varian GR Sport, 324HP, Boleh Jadi Powerbank?

Toyota akhirnya melengkapkan barisan model tersebut di Jepun dengan pelancaran varian hibrid plug-in (PHEV).

20-02-2026
Global

BMW M Bakal 'Serang' Pasaran Dengan 30 Model Baharu Menjelang 2030

BMW M dilaporkan sedang bersedia memasuki mod ‘perang’ apabila mendedahkan rancangannya untuk melancarkan sehingga 30 model baharu sebelum dekad ini melabuhkan tirainya.

20-02-2026