Link Copiedcheck_circle
Global

Subaru BRZ Cup Guna Rim Besi Tapi Bukannya Spec Kosong

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Walaupun Subaru BRZ Cup Car Basic bajet ini cuma dilengkapi dengan rim besi namun jangan salah sangka ia sebenarnya bukanlah kereta  spec kosong.

Pembuat kereta Jepun ini dilihat terus memancing peminatnya dengan membawa masuk BRZ Cup Car Basic.

Dikhabarkan, model ini sebenarnya khas untuk mereka yang mencari kereta projek atau kereta trackday.

image.png

Untuk itu, ia dipasang dengan rim besi 16-inci dengan tayar 205/55 biasa,  kerana Subaru tahu para pembeli akan menukar sebaik sahaja kereta dibeli.

Pada bahagian dalaman pula, BRZ Cup Car Basic ini tidak diberikan beg udara sisi dan juga beg udara tirai tepi. Malah, tiada juga penebat bunyi.

Namun ia bukannya model kosong   sebaliknya  tempat duduk pemandunya telah dinaik taraf dengan  roll cage 6 poin bagi meningkatkan keselamatan.

image.png

Selain itu, antara perubahan yang dilakukan ialah  penambahan Eyesight Advanced Driver Assistance System (ADAS), yang kini menjadi standard pada semua model BRZ.

Menurut Subaru, kesesuaian roll-cage menjadikan ia sebagai pelindung matahari manakala penghawa dingin bahagian  sisinya  tidak dapat digunakan.

Di bawah hud, Subaru ini menggunakan enjin 2.3 liter dimana ia menghasilkan kuasa setakat  232 hp dan tork 250Nm.

image.png

Selain itu, Cup Car Basic ini dilengkapi dengan transmisi manual 6-kelajuan sahaja.

Untuk makluman, Subaru BRZ Cup Car Basic dijual pada harga RM115, 830 di Jepun. 

Sebagai rujukan, pengedar Motor Image menawarkan Subaru BRZ pada harga  RM245,249 Subaru 6MT, manakala  RM259,245 (6AT) ketika ia dilancarkan  pada tahun 2022.

Gallery

Tag:

2024 Subaru BRZ tS
2024 Subaru BRZ Cup Car Basic
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Subaru BRZ tS Tiba Di AS Dengan Suspensi Talaan STI & Brek Brembo

Subaru BRZ tS Tiba Di AS Dengan Suspensi Talaan STI & Brek Brembo

Amerika Syarikat kini menerima varian baharu, Subaru BRZ tS. Ini spesifikasinya...

25-07-2023

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026