Link Copiedcheck_circle
Global

Pemilik Tesla Boleh Cuba FSD

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bagi menarik lebih ramai pemandu berminat dengan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS), Tesla kini menawarkan percubaan percuma selama sebulan bagi sistem Pandu Sendiri Penuh (Full Self-Driving, FSD).

Seperti yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk melalui akaun X, percubaan itu akan ditawarkan kepada semua pemilik Tesla di AS mulai minggu ini.

Pembuat kereta AS itu melancarkan secara rasminya   versi FSD 12.3.1 dimana Musk berkata, Tesla akan menampilkan beberapa pengemaskinian  yang cukup  "menggembirakan".

image.png

Dengan pengemaskinian yang menjanjikan keupayaan pemanduan autonomi yang lebih baik ini, Tesla kini cuba menarik perhatian pemiliknya dengan program percubaan percuma ini. 

Malah, Musk meminta semua pekerjanya memasang FSD pada setiap kenderaan yang dijual untuk menunjukkan ciri yang dikemas kini ini kepada setiap pelanggan baharu di Amerika Utara.

image.png

Dikhabarkan, promo percubaan percuma FSD ini penting untuk Tesla, kerana pembuat kereta itu melihat semakin ramai pembeli Tesla tidak memilih fungsi ADAS berkenaan.

Menurut laman berita Reuters, jumlah pengambilan FSD dalam Tesla EV telah jatuh kepada 14% pada suku ketiga tahun 2022, yang merupakan penurunan ketara.

Selain itu, promo percubaannya juga adalah sebahagian daripada perang harga EV yang sedang berlaku ketika ini di mana Tesla juga terlibat.

image.png

Sehubungan itu, Tesla sanggup mengurangkan lebih banyak margin keuntungannya untuk memastikan volum jualan meningkat.

Dengan promo percubaan percuma FSD yang akan dijalankan, Tesla berharap ia akan meningkatkan lagi bilangan jualan mereka.

Gallery

Tag:

Full-Self Driving (FSD)
Tesla CEO Elon Musk
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026