Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nasib Pekerja Goodyear Terbela?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lebih 500 pekerja kilang Goodyear Tire & Rubber Company yang dikatakan terjejas akibat penutupan kilang itu akan menerima pampasan yang setimpal.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ‘’Goodyear telah beri jaminan akan memberi pampasan kepada semua yang terkesan.

image.png

“Mereka juga akan memberi (pampasan) lebih daripada apa yang ditetapkan. ‘’Syarikat (Goodyear) juga telah memaklumkan yang mereka sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain seperti Proton dan beberapa syarikat lain untuk menjanjikan peluang pekerjaan yang sesuai.

‘’Semua usaha ini sebenarnya telah dimulakan sebelum pengumuman dibuat,” katanya.

Untuk makluman anda, penutupan operasi syarikat itu di Malaysia adalah disebabkan pelan penstrukturan semula yang dijalankan oleh entiti tersebut.

Penutupan operasi ini turut memberi kesan di peringkat antarabangsa apabila dua kilang milik syarikat ini di Jerman dan satu kilang United Kingdom turut berdepan situasi sama.

’Mengapa kilang ini ditutup pun kita sudah tanyakan kepada mereka (Goodyear) dan mereka memaklumkan ia sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat mereka.

‘’Dengan penutupan operasi ini, mereka akan dapat menjimatkan kos lebih kurang $AS1 billion menjelang 2025.

‘’Goodyear juga akan tutup dua kilang di Jerman melibatkan 1,750 pekerja dan di United Kingdom, jadi ini merupakan sebahagian pelan penstrukturan semula mereka dan bukan Malaysia sahaja terjejas, malah seluruh dunia,’’ tambahnya.

Terdahulu, Goodyear mengumumkan membuat keputusan untuk menutup operasi kemudahannya di Shah Alam sekali gus memberi kesan kepada lebih kurang 550 kakitangannya.

Gallery

Tag:

Goodyear Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Nak Beli Tapak Kilang Goodyear, Tarikh Akhir 28 Ogos Ini

Ada sebabnya, kilang Goodyear terpaksa ditutup baru-baru ini.

31-07-2024
Berita Auto

Kilang Goodyear Shah Alam Bakal Ditutup Tahun Ini, Setelah 52 Tahun Beroperasi

Kilang Goodyear Tire & Rubber Company Shah Alam yang telah beroperasi sejak tahun 1972 bakal ditutup sepenuhnya tahun ini.

07-03-2024
Berita Auto

Jom Tukar Tayar Raya Dengan Goodyear & Dapat Payung Percuma!

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Goodyear Malaysia telah melancarkan kempen Raya Bergaya Bersama Goodyear.

11-04-2023
Berita Auto

Goodyear Akui Tayar Baharunya Mampu Jimatkan Bahan Api

The Goodyear Tire & Rubber Company mempersembahkan satu demonstrasi yang menunjukkan tayar yang menggunakan 90 peratus bahan mampan mampu menjimatkan petrol dan mengurangkan kesan karbon.

05-01-2023
Berita Auto

Goodyear Malaysia Lancar Kempen 'A Gifting New Year,' Beli Tayar Sekarang Untuk Terima Ganjaran!

Goodyear Malaysia telah melancarkan kempen ‘A Gifting New Year’ dengan memberikan ganjaran kepada para pelanggan.

21-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026