- Berita
- EV
- Peugeot E-5008, Jangan Expect Harga Murah!
Buat julung kalinya, SUV tiga barisan ini ditawarkan dalam versi elektrik, Peugeot E-5008.
Untuk generasi ketiga ini, 5008 E-3008 menjadi model pertama Peugeot yang menggunakan platform STLA Medium di mana platform tersebut boleh memuatkan enjin pembakaran dalaman.
Bercakap mengenai rangkaian kuasa, barisan E-5008 bermula dengan pilihan pacuan roda hadapan motor tunggal (FWD) dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 211 hp dan 345 Nm.
Ia disumbat dengan pek bateri 73-kWj dan ia boleh bergerak sejauh 500 kilometer dengan hanya sekali cas.
Beralih kepada varian pertengahan, E-5008, ia menerima FWD motor tunggal yang lebih bertenaga kerana boleh menghasilkan kuasa setinggi 228 hp dan 345 Nm.
Varian ini pula menggunakan pek bateri yang lebih besar iaitu 98-kWh menyebabkan yang ini boleh bergerak lebih jauh sekitar 660 kilometer.
Sementara itu, varian teratas pula sudah pasti boleh menghamburkan kuasa yang lebih tinggi berbanding dengan varian lain.
Varian pacuan semua roda yang menggunakan motor berkembar Electri 320 pula mampu menghasilkan kuasa setinggi 316 hp.
Namun disebabkan menggunakan motor yang lebih bertenaga, model Electric 320 didatangkan dengan jarak pergerakan hanya 500 km, walaupun menggunakan pek bateri 98-kWj yang sama seperti model spesifikasi pertengahan.
Ketiga-tiga model ini dibangunkan yang menyokong pengecasan 400 volt membuatkan ia mengambail masa hanya 30 minit untuk menunggu bateri penuh dari 20-80%.
Namun pengecasan AC dihadkan 11 kW sebagai standard, dengan pilihan untuk menaik taraf kepada 22 kW yang lebih pantas.
Dari segi reka bentuknya, , E-5008 dilihat menampilkan muka hadapan yang serupa dan isyarat penggayaan yang diperoleh daripada adik-beradiknya yang bersaiz lebih kecil.
SUV tiga baris tempat duduk ini juga dilengkapi dengan roda 19 inci.
Menjengah bahagian dalamannya, ia dihiasi dengan paparan panoramik i-Cockpit 21-inci, pad pengecasan wayarles, sistem pencahayaan ambien pelbagai warna dan tempat duduk hadapan yang dilengkapi dengan fungis pemanas.
Malah, ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan aktif seperti Adaptive Cruise Control, dan sebenarnya ada banyak ciri yang cukup canggih.
Apapun, Peugeot E-5008 ini akan mula dijual di pasaran Eropah pada September nanti.
Khabarnya, kehadirannya nanti boleh menyaingi model Tesla Model Y dalam segmen SUV EV bersaiz sederhana.
Setakat ini, Peugeot masih belum mendedahkan harga untuk barisan E-5008 namun kami mengandaikan ia akan dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding E-3008, yang kini dijual pada harga £50,000 (RM301,373) di United Kingdom.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari