Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramai Buat Pinjaman 9 Tahun, Ramai Pilih MYVI?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, hampir 80 peratus pembeli kereta PROTON dan PERODUA memilih tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun.

Itu yang didedahkan bank pelaburan, AmInvestment Bank dalam satu nota penyelidikan.

Seperti diketahui umum, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan utama kepada demografi berpendapatan sederhana hingga yang lebih rendah.

image.pngimage.png

Apa yang pasti, kenderaan sedemikian bukan hanya sekadar barangan kehendak, sebaliknya barangan keperluan pengguna.

Malah, AmInvestment Bank berkata, perkara yang menjadi keutamaan kepada mereka adalah bayaran ansuran bulanan.

"Rakyat biasa memantau dengan rapat OPR (Kadar Dasar Semalaman) memandangkan keadaan kewangan mereka adalah sejajar dengannya. Ia adalah antara faktor yang tidak boleh terlepas pandang oleh kerajaan sekarang.

"Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar OPR tidak berubah pada 3.0 peratus sejak Mei tahun lalu," katanya.

Lebih menarik, permohonan dan kelulusan untuk pinjaman kereta ketika ini mengekalkan kadar yang kukuh, terutamanya untuk model Myvi.

image.png

Malah, pembelian untuk kenderaan terpakai juga masih tinggi ketika ini dan tidak menunjukkan ia terkesan.

Dalam perkembangan berkaitan, bank pelaburan itu berkata berdasarkan pemerhatian di bilik pameran kereta, terdapat minat tinggi yang ditunjukkan terhadap kenderaan elektrik bateri (BEV), dengan ada antara bakal pembeli yang telah berkira-kira mengenai penjimatan bahan api berbanding kos elektrik.

image.png

Katanya, tidak dapat dinafikan bahawa BEV ketika ini menjadi tumpuan kepada peminat kereta, terutamanya dalam kalangan golongan T10 yang melihat kenderaan seperti ini sebagai 'kereta mainan', yang sesuai digunakan semasa hujung minggu.

"Daripada semua EV (kenderaan elektrik) yang dibeli, pelanggan memilih tempoh pinjaman selama lima tahun, malah ada sebahagian yang membayar secara tunai, iaitu perkara biasa yang dibuat oleh golongan elit T1.

"Tambahan pula, pelbagai pengecualian cukai seperti duti eksais, cukai jualan dan cukai jalan menjadikan BEV sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki oleh golongan elit," katanya.


Gallery

Tag:

BEV
perodua Myvi
OPR
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Dari Jan-Nov 2025, 5,360 Pengecas EV Sudah Dipasang Di Malaysia

Sepanjang Januari hingga November lalu, sebanyak 5,360 unit pengecas kereta elektrik (EV) awam sudah dipasang di Semenanjung Malaysia.

22-12-2025
EV

Belanjawan 2026: MAA Mohon Insentif Cukai EV Dilanjut Supaya Lebih Ramai Beli EV

MAA menggesa kerajaan supaya melanjutkan insentif cukai kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan, pada hari ini.

06-10-2025
Global

BMW Lakar Kejayaan Apabila Hasilkan xEV Yang Ke-3 Juta Dari Kilang Pengeluarannya

BMW melakar kejayaan terbaharu apabila menghasilkan xEV yang ke-3 juta di kilangnya yang terletak di Munich, Jerman baru-baru ini.

28-05-2025
EV

Tengku Zafrul Adakan Perbincangan Dengan Delegasi Tesla

Tengku Zafrul telah mengadakan pertemuan dengan delegasi Tesla Malaysia, semalam.

23-08-2024
EV

Ada Sebab Kenapa Aston Martin Ketepikan EV!

Aston Martin menangguhkan rancangannya untuk melancarkan EV mereka.

16-04-2024
EV

Toyota Tidak Mahu Ketinggalan Dalam Pembangunan EV, Ini Rancangan Syarikat...

Toyota mempergiatkan lagi usaha untuk membangunkan kenderaan elektrik (EV).

14-06-2023
Berita Auto

Strategi Pelbagai Laluan Toyota, Lebih Realistik Untuk Capai Neutraliti Karbon?

UMW Toyota Motor (UMWT) dedah strategi pelbagai laluan yang dapat membantu Malaysia mencapai neutraliti karbon.

12-05-2023
EV

Maybank Tawar Pembiayaan Bersepadu Pertama EV, Hibrid

Malayan Banking Berhad (Maybank) telah mengumumkan penawaran pembiayaan kenderaan bersepadu pertama seumpamanya.

15-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026