- Berita
- EV
- Dari Jan-Nov 2025, 5,360 Pengecas EV Sudah Dipasang Di Malaysia

Sepanjang Januari hingga November lalu, sebanyak 5,360 unit pengecas kereta elektrik (EV) awam sudah dipasang di Semenanjung Malaysia.
Timbalan Pengarah Kanan Unit Pelesenan Elektrik Suruhanjaya Tenaga (ST), Mohd Yusrul Yusof bagaimanapun berkata, jumlah pemasangan itu masih tidak mencapai sasaran sebanyak 10,000 unit pengecas EV di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2025.
"Berdasarkan situasi sekarang ini, mungkin kita nampak dengan nisbah satu berbanding 14 kenderaan elektrik bateri (BEV), kita nampak tak ada kenderaan yang beratur bagi menggunakan pengecas awam ini di sesuatu kawasan.
"Cuma ada sesetengah kawasan panas macam Tapah dan peranginan semasa musim cuti itu, mungkin ada kekurangan dari sudut pengoperasian pengecas ini," katanya.

Dari segi statistik, katanya, sebanyak 75,487 BEV berada di jalan raya sejak 2011, manakala sejumlah 36,690 BEV didaftarkan pada Januari sehingga November 2025.

Mengulas lanjut, Mohd Yusrul turut berharap jumlah pengecas EV awam ini dapat ditingkatkan di kawasan peranginan, sekali gus jumlah sasaran 10,000 unit itu dapat dicapai.
Untuk makluman, lebih 1,700 unit daripada 10,000 unit adalah jenis arus terus (DC) dan ia diletakkan di lebuh raya, kawasan bandar dan pusat beli-belah.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

