Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV MG ZS EV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM125K, Capai 174 HP, 230 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG_3053.JPG


Sebentar tadi, MG Motor Malaysia telah melancarkan secara rasmi SUV MG ZS EV dalam versi facelift yang ditawarkan dalam satu varian. Model ini dijual pada harga bermula dari RM125,999. 


CIRI MEKANIKAL MG ZS EV


MG ZS EV menggunakan bateri berkapasiti 51.1 kWj. Kuasa disalurkan kepada motor elektrik tunggal yang dipasang di bahagian hadapan bagi menggerakkan roda depan (FWD) dengan output 174 hp (130 kW) dan 280 Nm. Susunan sistem ini memberikannya kemampuan untuk membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa 8 saat. 


Caricarz-Web-MG-ZS-EV-Launch-2.JPGCaricarz-Web-MG-ZS-EV-Launch-15.JPG


Bateri boleh dicas daripada 0-100% menggunakan input AC 7 kW dalam masa 8 jam, sementara dengan pengecas DC sehingga 50 kW pula boleh dicas daripada 10-80% dalam masa 54 minit. Dengan cas penuh, MG ZS EV boleh bergerak sejauh  320 KM (WLTP).


REKAAN MG ZS EV


DSC01185.JPG

IMG_3080.JPGIMG_3078.JPG


Dari segi dimensi, MG ZS EV, tidak jauh berbeza daripada Perodua Ativa. Model ini berukuran 4,323 mm (panjang), 1,809 mm (lebar) dan 1,625 mm (tinggi) dengan jarak antara roda 2,581 mm.


Caricarz-Web-MG-ZS-EV-Launch-1.JPGCaricarz-Web-MG-ZS-EV-Launch-7.JPGCaricarz-Web-MG-ZS-EV-Launch-5.JPGCaricarz-Web-MG-ZS-EV-Launch-18.JPGCaricarz-Web-MG-ZS-EV-Launch-3.JPGCaricarz-Web-MG-ZS-EV-Launch-4.JPG


MG ZS EV diberikan lampu depan ‘Silverstone’ yang menggunakan 21 unit LED, manakala bahagian belakang pula lampu LED ‘Phantom.’ Gril depannya direka ‘tertutup’  dan di sini jugalah port pengecas ditempatkan. Dari sudut tepi, dapat dilihat penggunaan rim aloi dua tona. 


KABIN MG ZS EV


Di dalamnya,  model ini menggunakan paparan instrumen digital bersaiz 7 inci, skrin infotainmen 8 inci, kawalan pendingin hawa automatik, pendingin udara untuk tempat duduk belakang, pad pengecas tanpa wayar, serta bumbung suria. 


Caricarz-Web-MG-ZS-EV-Launch-14.JPGCaricarz-Web-MG-ZS-EV-Launch-17.JPGCaricarz-Web-MG-ZS-EV-Launch-12.JPGCaricarz-Web-MG-ZS-EV-Launch-11.JPG


Ruang butnya berkapasiti 448 liter dan boleh diperluaskan lagi sehingga 1,187 liter selepas tempat duduk belakang dilipat. 


CIRI KESELAMATAN MG ZS EV


Caricarz-Web-MG4-MGZSEV-Launch-Malaysia-15.JPG


Dari segi keselamatan, MG ZS EV hadir dengan pakej ADAS yang hampir sama seperti yang terdapat pada MG4 EV melalui pakej keselamatan MG Pilot. Ini merangkumi fungsi seperti amaran dan pencegah pelanggaran hadapan (FCW & AEB), amaran keluar lorong & bantuan kekal lorong (LDW & LKA), pemantau titik buta (BSD), kawalan jelajah adaptif (ACC), bantuan tukar lorong (LCA), bantuan kesesakan trafik (TJA) dan amaran lintasan trafik belakang (RCTA). 


HARGA, WARANTI & PROMOSI YANG DITAWARKAN 


Caricarz-Web-MG4-MGZSEV-Launch-Malaysia-6.JPG

Caricarz-Web-MG4-MGZSEV-Launch-Malaysia-18.JPGCaricarz-Web-MG4-MGZSEV-Launch-Malaysia-17.JPG


MG ZS EV ditawarkan di pasaran tempatan pada harga bermula dari RM125,999. Harga tersebut termasuk waranti kenderaan MG yang standard selama 7 tahun atau 150,000 km dan waranti bateri EV yang berasingan selama 8 tahun atau sehingga 180,000 km. Selain itu, pembeli juga boleh membuat penukaran kepada bateri baharu 1-to-1 sekiranya tahap kesihatan bateri rendah daripada 70% dalam tempoh waranti. 


Tempahan yang dibuat sebelum 30 April 2024, akan menerima secara PERCUMA pengecas WallBox 7kW bernilai RM4,600.


web_MG-ZS_-19.jpg

Gallery

Tag:

MG ZS EV
MG Motor Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

18-04-2024
Kereta Baru

27-03-2024
EV

25-03-2024
Berita Auto

28-02-2024
Kereta Baru

28-02-2024
EV

13-09-2023
EV

G-Mart Group Sudah Siap Sedia Rancakkan Jualan EV

Kumpulan Syarikat G-Mart bersedia untuk ledakan jualan EV yang ramai diramalkan akan bermula tidak lama lagi.

29-10-2022
Kereta Baru

28-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026