Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Suzuki Jimny Rainforest & Black Edition Kini Di Pasaran – Dari RM168K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Suzuki-Jimny-RF-BE-Press-Shoot-2.jpg


Naza Eastern Motors Sdn. Bhd. baru-baru ini memperkenalkan dua varian edisi istimewa - Suzuki Jimny Rainforest dan Black Edition.


CIRI MEKANIKAL


Kedua-dua varian baharu ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter dengan 101 hp. Trenkuasa ini dipadankan dengan sistem pacuan semua roda, 4WD ALLGRIP PRO, peralihan gear rendah empat kelajuan dan sistem brek kawalan traksi LSD untuk menjadikan kenderaan lebih berkuasa dan dapat dipandu dengan keyakinan lebih tinggi. 


REKAAN


Suzuki-Jimny-RF-Press-Shoot-5.jpgSuzuki-Jimny-RF-Press-Shoot-2.jpgSuzuki-Jimny-RF-Press-Shoot-3.jpgSuzuki-Jimny-RF-Press-Shoot-7.jpgSuzuki-Jimny-RF-Press-Shoot-4.jpgSuzuki-Jimny-RF-Press-Shoot-6.jpg


Dari segi rekaan varian Rainforest diberikan gril hadapan dengan kemasan bercorak celoreng atau camouflage, pelindung (flap) lumpur di bahagian hadapan dan belakang, penutup tayar ganti, decal badan juga dalam corak celoreng.


Suzuki-Jimny-BE-Press-Shoot-2.jpgSuzuki-Jimny-BE-Press-Shoot-7.jpgSuzuki-Jimny-BE-Press-Shoot-4.jpgSuzuki-Jimny-BE-Press-Shoot-3.jpgSuzuki-Jimny-BE-Press-Shoot-8.jpgSuzuki-Jimny-BE-Press-Shoot-9.jpg


Sementara itu, Black Edition pula menerima kemasan karbon pada bahagian gril hadapan dan pada penutup tayar simpanan.   Di bahagian belakang terdapat logo “Jimny Black Edition” khas untuk varian ini. 


Didatangkan secara standard untuk kedua-dua varian tersebut ialah multi-roof rack, penahan lumpur dan visor pintu.  Selain itu, Suzuki Jimny turut diberikan elemen ranggi seperti lingkungan roda (wheel arch) dan bampar depan dan belakang yang menonjol keluar. 


KABIN


Suzuki-Jimny-RF-Press-Shoot-11.jpgSuzuki-Jimny-RF-Press-Shoot-9.jpgSuzuki-Jimny-RF-Press-Shoot-12.jpgSuzuki-Jimny-RF-Press-Shoot-14.jpgSuzuki-Jimny-RF-Press-Shoot-8.jpgSuzuki-Jimny-RF-Press-Shoot-16.jpg


Tema celoreng di bahagian luar bagi edisi Rainforest turut dibawa ke dalam kabin. Kemasan dengan corak tersebut dapat dilihat pada pintu but, ambang di bahagian bukaan but belakang dan perumah cermin pandang belakang. Seterusnya, di bahagian pemegang pada papan pemuka dan pintu (sudut dalam), terdapat balutan kulit berwarna coklat. 


Suzuki-Jimny-BE-Press-Shoot-14.jpgSuzuki-Jimny-BE-Press-Shoot-15.jpgSuzuki-Jimny-BE-Press-Shoot-10.jpgSuzuki-Jimny-BE-Press-Shoot-12.jpgSuzuki-Jimny-BE-Press-Shoot-11.jpgSuzuki-Jimny-BE-Press-Shoot-13.jpg


Edisi Black Edition pula seperti namanya, mengekalkan penggunaan tema hitam pada segenap ruang kabin. Di sudut pemegang  papan pemuka dan pintu bahagian dalam, terdapat balutan kulit dengan jahitan kontra. 


HARGA 


Suzuki-Jimny-RF-BE-Press-Shoot-4.jpg


Rainforest Edition ditawarkan pada harga RM 168,900, manakala Black Edition pula pada harga RM 171,900, (harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans). 

Tag:

Suzuki Jimny
Suzuki Jimny Rainforest
Suzuki Jimny Black Edition
Naza Eastern Motors Sdn Bhd
Jimny Edisi Istimewa
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Beli Atau Langgan? Cara Baharu Pandu Suzuki Jimny & Fronx Tanpa Beban Hutang

Gaya Hidup Baharu: Kenapa Ramai Pembeli Kereta Kini Beralih Kepada Pelan Langganan?

29-07-2026
Global

Suzuki Minta Maaf Sebab Terpaksa Tangguh Tempahan Suzuki Jimny 5-Pintu, Ada Sebabnya

Orang Jepun suka Suzuki Jimny 5-Pintu sampai pihak syarikat terpaksa menangguhkan tempahan.

06-02-2025
Kereta Baru

Suzuki Jimny Artic Edition Dilancarkan – Putih Mutiara Yang Menyerlah, Dari RM167,900

Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Suzuki, telah memperkenalkan Suzuki Jimny Artic Edition yang eksklusif.

19-11-2024
Kereta Baru

Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Rasmi di Malaysia – Lebih Luas! Dari RM199,950

Naza Eastern Motors sebentar tadi telah melancarkan secara rasmi Suzuki Jimny 5 Pintu bagi pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...

30-07-2024
Global

Hanya Ada 500 Unit, Jadi Mahal Sedikit

Hanya 500 unit dihasilkan.

17-05-2024
Kereta Baru

Tempahan Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Dibuka – Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi

Pengimport dan pengedar rasmi kereta Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors, akhirnya membuka tempahan untuk Suzuki Jimny 5-Pintu.

22-04-2024
Berita Auto

Suzuki Jimny 5 Pintu Bakal Ditawarkan Di Malaysia Suku Ke-3 Ini – Lebih Praktikal!

Suzuki Jimny lima pintu dijangka akan tiba di Malaysia sekitar suku ketiga tahun ini. Ini spesifikasi yang boleh dijangkakan...

19-03-2024
Global

Ini Dia Little Delta, Little 5

DAMD akan membawa dua hot-hatch rali lagenda yang digelar sebagai Little Δ (Delta) dan Little 5 pada TAS 2024.

28-12-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026