Link Copiedcheck_circle
Global

Tank 400 Hi4-T 2024 Dilancarkan Di China, Lebih Jimat Minyak

Sofea Najmi

Kongsi melalui

TANK-400-(3).jpg


GWM telah melancarkan secara rasmi jentera SUV, Tank 400 Hi4-T 2024, kali ini dengan enjin kitaran Miller dan sistem kenderaan-mesin pintar seperti yang terdapat pada  Tank 500 Hi4-T.


ENJIN YANG LEBIH CEKAP


TANK-400-(5).jpgTANK-400-(4).jpg


Penaiktarafan sistem mekanikal kali ini dibuat bagi menggantikan enjin E20NA yang digunakan sebelum ini. Menggunakan sistem kitaran Miller,  tahap kecekapan bahan api Tank 499  menjadi lebih baik iaitu  8.8 liter/100 km berbanding 9.52 liter/100 km. Namun, kuasa maksimum  enjin yang mampu dicapai kenderaan masih sama iaitu 185 kW dan tork 380 Nm.  


Enjin E20NB  yang digunakan pada Tank 400 2024 ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik 9 kelajuan. Motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan menghasilkan 120 kW dan 400 Nm. Gabungan kuasa yang dihasilkan melalui sistem hibrid ialah 300 kW dan 750 Nm. 


REKAAN & KELENGKAPAN


TANK-400-(1).jpg


Tank 400 Hi4-T 2024 kekal ditawarkan dalam dua versi iaitu versi bandar dan off-road. Versi off-road hadir dengan sistem pacuan empat roda ESOF BorgWarner untuk prestasi off-road yang lebih baik dengan sudut sua (approach angle) 33 darjah dan sudut lepas (departure angle) 30 darjah dengan jarak kelegaan tanah 224 mm dan kedalaman merentasi air (wading depth) 800 mm. 


TANK-400-(6).jpg


Bergerak ke bahagian dalam kereta, terdapat skrin instrumen bersaiz 12.3 inci, papar pandu (HUD) dan skrin infotainmen 16.2 inci dengan interface baharu yang kini menyokong Huawei HiCar dan sambungan ICCOA serta DLNA. 


TANK-400-(2).jpg


Ciri baharu lain adalah fungsi pemasaan lampu isyarat, off-road HUD dan pelbagai peningkatan navigasi. Model ini turut diberikan fungsi pengecaman suara empat nada. 


HARGA


Di China, Tank 400 Hi4-T 2024 versi bandar ditawarkan pada harga 285,800 yuan (~RM187,000) dan versi off-road pada harga 289,800 yuan (~RM190,000). Buat masa ini, GWM masih belum membuat sebarang perancangan untuk memperkenalkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) bagi pasaran Malaysia, tetapi, kita boleh menjangkakan kehadiran model lebih mampu milik, Tank 300 yang telah dipertontonkan sebelum ini, dengan pelancaran yang dijangka pada suku ketiga (Q3) tahun ini. 

Tag:

Tank 400 Hi4-T 2024
Tank 400
GWM China
SUV Tank
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
GWM Tank 400 Versi Terbaru Didedahkan Di China – Ada Varian Hibrid

GWM Tank 400 Versi Terbaru Didedahkan Di China – Ada Varian Hibrid

Pengeluar kenderaan China, Great Wall Motor (GWM), memperkenalkan versi baharu SUV lasak Tank 400 dengan teknologi enjin hibrid di China minggu ini. Gambar serta maklumat awal mengenai model ini mula tersebar di alam maya.

25-09-2025

Berita Terkini

Global
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026