Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

AMG C43 4Matic, Masih Belum Ada Harga Tapi Katanya "Murah"

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut menayangkan  model C Class W206, Mercedes-AMG C43 4Matic yang dikatakan agak murah berbanding beberapa koleksi Mercedes yang dipamerkan baru-baru ini.

Untuk makluman, Mercedes-AMG C43 masih belum dilancarkan secara rasminya namun ia sudah ditayangkan kepada pihak media.

image.png

Dikhabarkan, model sedan ini akan dijual pada harga di bawah RM500,000 dan akan dipasang secara tempatan (CKD) di fasiliti MBM yang terletak di Pekan, Pahang.

Apa yang cukup menarik ialah langkah CKD ini menjadikan Malaysia satu-satunya negara di luar Jerman yang memasang model AMG sepenuhnya.

image.pngimage.png

Jentera ini dijana dengan enjin 2.0L turbo empat-silinder yang dibantu dengan motor elektrik yang dikatakan menggunakan teknologi dari perlumbaan Formula 1.

Motor itu yang dihubungkan dengan  sistem hibrid ringkas 48-volt dan unit stater generator pacuan tali sawat (RSG), membuatkan ia menyalurkan kuasa tujahan tambahan 14 PS (13 hp).

image.pngimage.png

Untuk itu, secara keseluruhan, ia boleh menghasilkan kuasa setakat 408 PS dan tork 500Nm.

Tetapan MHEV yang dipadankan dengan  kotak gear automatik sembilan kelajuan AMG Speedshift MCT 9G.

Bukan itu sahaja, model ini yang dipadankan dengan sistem pacuan semua roda AMG Performance 4Matic, dimana  agihan tork lebih kepada gandar belakang iaitu 30:70.

Jadi, W206 C43 4Matic ini mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam 4.6 saat manakala ia mampu mencapai kelajuan tertinggi setakat 250 -260km/j dengan bantuan AMG Driver Package.

image.png

Melihat luarannya, AMG C43 4Matic ini sebenarnya agak mengancam kerana ia kelihatan lebih sporty dan agresif.

Ia didatangkan dengan gril hadapan signatur 'Panamericana' serta lambang AMG, ekzos berkembar AMG, lencana 'Turbo Electrified' baharu pada spatbor hadapan untuk menandakan ia didatangkan dengan trenkuasa  elektrik.

Ia turut didatangkan lampu hadapan Digital Light, rim AMG 19-inci dengan tayar Continental SportContact 7 serta sistem brek yang lebih besar.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, penulis mendapati ia , dihiasi dengan upholsteri kulit sintetik Artico serta dengan kemasan gentian Microcut bersama jahitan merah.

Ia diberikan roda stereng AMG, tempat duduk sport balutan Alcantara, tali pinggang keledar berwarna merah, kemasan gentian karbon pada papan pemuka, set pedal aloi AMG, karpet kaki AMG, paparan head-up, sistem bunyi Burmerster dan juga bumbung panaromik.

image.pngimage.png

Bagi ciri-ciri teknologinya pula, ia didatangkan secara standard dengan sistem audio premium Burmester yang disambungkan pada unit infotainmen.

image.pngimage.png

Terdapat juga kluster instrumen digital dengan paparan kepala (HUD), serta sistem bantuan ADAS.

image.png

Apa pula pandangan anda mengenai jentera ini? Kongsikan.

Gallery

Tag:

MercedesC43
Mercedes-Benz Malaysia
Mercedes C-CLASS
Mercedes AMG
AMG C 43 4M
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.

26-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.

05-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Berita Auto

Mercedes-Benz, Toyota, Chery Dipanggil Balik

Para pemilik yang terlibat diminta membuat temujanji dengan pihak pengeluar kereta.

25-06-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025