Link Copiedcheck_circle
Global

Auto China 2024: Lambo Urus SE, 789 Hp, V8 PHEV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain berita mengenai kereta marhean yang didedahkan pada Auto China 2024, pengeluar supercar, Lamborghini pula tidak melepaskan peluang untuk menayangkan super SUV elektrik, Lamborghini Urus SE.

Ia yang disumbat dengan enjin 4.0-liter twin-turbo V8 turut dipadankan dengan motor elektrik bersama transmisi 8-kelajuan.

Jentera ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 25.9 kWj.

image.png

Apapun, ia yang dilengkapi dengan enjin V8 dan sistem PHEV membuatkannya ia mampu menghasilkan kuasa setakat 789 hp  dan tork 950 Nm.

Untuk itu, Urus SE ini mampu memecut dari 0 -100 kilometer sejam hanya dalam 3.4 saat iaitu lebih laju 0.1 saat dari Urus S.

image.png

Ia yang didatangkan dengan bateri litium ion 25.7 kWj mampu menawarkan pemanduan lebih 60 km dalam mod EV.

image.png

Dalam mod pemanduan EV, Urus SE juga boleh mencapai kelajuan setinggi 130 km/j.’

Untuk menampung elemen elektrik, Urus SE turut menggunakan klac elektro-hidro baharu. 

Ia juga menerima LSD belakang yang menggantikan unit LSD mekanikal yang disediakan dalam Urus biasa.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah ia mempunyai sistem pemvektoran tork elektrik baharu yang ditugaskan untuk mengagihkan tork secara berubah-ubah.

image.pngimage.png

Menyentuh mengenai  perubahan estetik, Urus SE mudah dilambangkan dengan reka bentuk bonet baharunya yang kini lebih memanjang selain diapit dengan lampu depan LED baharu. 

Secara keseluruhannya, bahagian hadapan memberi bayangan  Revuelto - kereta super utama V12 semasa Lamborghini.

image.png

Selain itu, terdapat juga perubahan di bahagian belakangnya dan ia didatangkan dengan tayar 'Galanthus' 23-inci baharu.

image.png

Untuk makluman anda, ia adalah PHEV kedua Lamborghini.

Jangan lupa kongsikan pendapat anda!

Gallery

Tag:

Lamborghini Urus
Lamborghini Urus SE
Auto China 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sampai Hati Rosakkan Lamborghini Bos

Gara-gara bengang dibuang kerja, seorang lelaki tergamak merosakkan kereta mewah Lamborgini Urus milik majikannya di Taman Melawati, Ampang, baru-baru ini.

30-08-2024
Global

Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!

Lamborghini akhirnya memperkenalkan pengganti rasmi bagi model Huracan, iaitu Lamborghini Temerario.

19-08-2024
Global

Urus Performante, Edisi Terhad, Ada 40 Biji Je

Lamborghini menayangkan Lamborghini Urus Performante "Essenza SCV12" Limited Edition.

18-05-2023
Global

Lamborghini Catat Keuntungan RM3.2 Bilion Tahun 2022, 56% Lebih Tinggi

Pengeluar kereta Itali, Lamborghini, telah mendedahkan laporan kewangan syarikat bagi tahun 2022.

24-03-2023
EV

Ikuti Langkah Syarikat Supercar Lain, McLaren Juga Bakal Bangunkan SUV?

Kini pengeluar supercar British, McLaren pula akan mengeluarkan sebuah SUV selepas Lamborghini, Aston Martin dan Ferrari.

17-10-2022
Berita Auto

Pengganti Lamborghini Huracán Guna Enjin V8 Dengan Sistem Hibrid?

Lamborghini dikhabarkan bakal mengeluarkan supercar dengan enjin V8 turbo berkembar serta sistem hibrid.

21-09-2022
Berita Auto

Jentera Mewah Ini Berjaya Tawan Laluan Setinggi 5,882 Meter

Lamborghini Urus melakukan satu kelainan luar biasa apabila melakukan pemanduan tertinggi di dunia di beberapa wilayah di India.

11-11-2021

Berita Terkini

Global
Global

Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.

15-12-2025
Global

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025
Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global

Imej smart #6 EHD PHEV Didedahkan, Jarak Pandu Keseluruhan - 1,810 KM

smart #6 EHD versi PHEV didedahkan, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa

Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.

08-12-2025