Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Auto China 2024: Neta L Selamat Mendarat

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Neta Auto secara rasminya melancarkan Neta L sempena pameran Beijing International Auto Show 2024, sebentar tadi.

Sebaliknya, SUV  yang disasarkan untuk golongan muda yang berkeluarga dikatakan hanya akan ditayangkan di Malaysia pada tahun depan.

Dari segi saiz, Neta L adalah sepanjang 4,770 mm, selebar 1,900 mm, setinggi 1,660 mm manakala jarak roda pula 2,810 mm.

image.png

Neta L ini ditawarkan dalam dua varian: range extender electric vehicle (REEV) - EREV 1070 Comfort dan EREV 1070 Luxury.

Menurut NETA, REEV menjanjikan perjalanan yang cukup menjimatkan kerana  menggunakan sistem range extension HOZI 2.0.

image.pngimage.png

Ia yang dilengkapi dengan enjin 1.5 liter kitaran Atkinson empat-silinder petrol turut menawarkan penjimatan minyak.

Apa tidaknya,   bacaan penggunaan minyak adalah serendah 4.85 liter per 100 km, manakala kecekapan minyak kepada elektrik pula,  3.26 kWh per liter.

Selain itu, ia yang menggunakan sebuah motor elektrik mampu menghamburkan kuasa setakat  227 hp.

Para pelanggan ditawarkan dengan dua pilhan bateri,  30 kWj dan 40 kWj. Masing-masing  menjanjikan jarak pemanduan 220 km dan 310 km.

image.png

NETA menambah bahawa kadar baterinya penuh dari 30 – 80 % hanya dalam  masa 19 minit manakalan jarak pemanduan REEV adalah  sehingga 1,300 km.

Untuk mencapai kecekapan dan keselesaan pengecasan, ia menggunakan teknologi pengurusan terma suhu malar Hozon EPT4.0 yang canggih.

image.png

Lebih menarik,  NETA L EV ini akan menjadi model pertama di seluruh dunia yang dilengkapi dengan bateri Siri L ShenXing CATL.

Dari segi suspensi, Neta L menggunakan jenis MacPherson strut untuk bahagian depan dan multilink untuk bahagian belakang.

Menjengah bahagian luarannya, model ini dilengkapi dengan lampu utama dan DRL LED, lampu isyarat sequential dan lampu kabus belakang. 

安吉-2024-3-826606edited-copy.jpg

Bahagian dalam pula, ia mempunyai sebuah peti sejuk  dengan suhu serendah -6 darjah celsius, selain ada juga pembesar suara di perehat kepala, pengecas telefon tanpa wayar dan kerusi urut sifar graviti dengan merebahka  kerusi ke belakang sehingga 123-darjah.

image.pngimage.png

Selain itu, tempat duduk penumpang mempunyai sokongan kaki yang boleh dilaraskan kepada empat hala, ada sistem pengudaraan, pemanasan dengan fungsi mengurut.

Mengenai ciri keselamatan pula, ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan yang canggih.

Maka, tidak hairanlah mengapa NETA Auto sudah meletakkan sasaran tinggi untuk memperkenalkan Neta L ini di lebih 20 negera pada suku kedua tahun ini.

Di Malaysia pula, kita buat masa ini hanya akan menerima Neta Aya dan X yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Gallery

Tag:

Neta Auto
Neta L
2024 Neta Aya
Neta S
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

05-08-2025
EV

13-06-2025
Global

14-05-2025
EV

13-05-2025
Global
Global

19-03-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru