- Berita
- EV
- ChargeSini, KTC Meterai MoU Sedia 40 EVCB di Seri Iskandar Heights
-full_normal.webp)
ChargeSini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan KTC Arkz Group Sdn Bhd (KTC) di Sungei Wang Plaza, KL baru-baru ini untuk hak penubuhan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di projek SOFO yang akan datang, terletak di Seri Iskandar Heights kira-kira 40 km dari Ipoh, Perak.
Melalui pemeteraian MoU ini, ChargeSini akan menyediakan 40 petak pengecasan kenderaan elektrik (EVCB) di premis tersebut. Kemudahan pengecasan itu akan terdiri daripada pengecas AC dan DC untuk kegunaan penduduk dan pelanggan projek SOFO. Sementara itu, KTC pula akan memiliki dan menguruskan keseluruhan sistem parkir di premis tersebut.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Bangunan dua blok setinggi 20 tingkat itu akan dibangunkan di atas tapak seluas 4.3 ekar bagi memenuhi keperluan perumahan yang kian meningkat sebagai pusat pendidikan di negeri Perak dengan dua kampus universiti iaitu Universiti Teknologi PETRONAS dan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA. Kawasan yang sama turut menempatkan empat institut latihan lain iaitu Kolej Profesional MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan KEMAS dan Kolej Vokasional MARA.
Projek ini terletak 17 km dari stesen KTM terdekat di Batu Gajah, 20 km ke pintu masuk dan keluar Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), 38 km dari Lebuhraya PLUS dan 1 km dari Lebuhraya Ipoh-Lumut.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif ChargeSini, James Goh dan Ketua Eksekutif Kumpulan KTC, Chong Khin Thin. Semasa penandatangan MoU, turut didedahkan bahawa ChargeSini telah memasang 701 EVCB di seluruh negara, dengan 24 daripadanya terletak di negeri Perak.
Selain itu, di bawah MoU ini, ChargeSini akan memberikan KTC akses kepada sistem kawalan berasaskan awan miliknya. Ini dilakukan bagi membolehkan KTC mengakses semua aspek perniagaan dari perspektif CPO, termasuk gerbang pembayaran, pengagihan tenaga, papan pemuka pengurusan dan pusat kawalan.
-full_normal.webp)
Ekosistem lengkap yang diterangkan di atas juga akan diintegrasikan ke dalam aplikasi pengurusan fasiliti Seri Iskandar Heights, memudahkan penduduk SOFO untuk mengakses semua ciri dan perkhidmatan bangunan.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

