Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

CLE 300: Jana Kuasa 255Hp, Harga RM526K

Suhana Veru

Kongsi melalui

MB-CLE-3004M_-(1).jpg

Mercedes-Benz Malaysia mencipta sejarah semalam apabila ia menayangkan pelbagai model secara serentak dalam  majlis ‘Luxury Like No Other’ yang berlangsung di Bangsar, Kuala Lumpur.

Selain Mercedes-AMG S63 E-Performance, GLS 450 4Matic dan Mercedes-Maybach GLS 600 2024, Mercedes-Benz CLE300 4Matic Coupe turut didedahkan pada acara berkenaan.

MB-CLE-3004M_-(2).jpg

CLE300 4Matic Coupe ini dilengkapi dengan  enjin M256 2.0 liter turbocas empat-silinder sebaris petrol, dimana ia boleh menghasilkan 255 hp pada 5,800rpm dan tork 400Nm.

MB-CLE-3004M_-(30).jpg

Difahamkan, enjinnya dipadankan dengan sistem mild-hybrid 48-volt EQ Boost yang menggunakan integrated starter generator (ISG).

Untuk itu, ia menyalurkan kuasa tambahan sekurang-kurangnya  23hp dan 205kW.

MB-CLE-3004M_-(28).jpg

Model ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 6.2 saat dan had laju maksimum pula ditetapkan 250 km/j.

Bagi penulis, ia merupakan coupe yang agak sporty dan nampak agresif disebabkan bamparnya selain Pakej Night.

MB-CLE-3004M_-(3).jpgMB-CLE-3004M_-(7).jpgMB-CLE-3004M_-(12).jpgMB-CLE-3004M_-(8).jpg

Selain itu, garis bumbungnya yang melengkung juga menjadi punca utama membuatkan ia lebih bergaya.

MB-CLE-3004M_-(30).jpg

Untuk makluman, CLE Coupé ini merupakan model Mercedes-Benz pertama di Malaysia yang menampilkan DIGITAL LIGHT untuk pasaran tempatan.

Menerusi Pakej night, ia menawarkan gril yang berwarna hitam berkilauan selain rim AMG 19-inci dan spoiler AMG.

Model  ini agak gelap di bahagian hadapan dan sisinya sekali gus membuatkan ia kelihatan garang dan agresif.

Pada acara itu, penulis berkesempatan membelek jentera ini dengan lebih dekat. Bagi saya, bahagian kabinnya cukup moden kontemporari kerana menawarkan elemen -elemen mewah.

MB-CLE-3004M_-(59).jpgMB-CLE-3004M_-(63).jpg

Susun atur penghawa dinginnya yang berbentuk bulat dan  paparan menegak skrin di tengah dengan saiz 11.9-inci  sebenarnya membuatkan kabinnya kelihatan agak kemas.

MB-CLE-3004M_-(53).jpgMB-CLE-3004M_-(47).jpgMB-CLE-3004M_-(42).jpgMB-CLE-3004M_-(41).jpg

Antara kelengkapan lain:

MBUX Interior Assistant

Bumbung panaromik, 

Tempat duduk dibalut dengan material kulit

Sstem bunyi Burmester 3D

Lampu ambien

Keyless-GO

Fungsi bebas operasi tangan dan Easy-Entry (untuk kerusi belakang).

Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatannya, ia sebenarnya cukup sarat dengan ciri keselamatan. Jadi, anda jangan risau dengan ciri keselamatan yang ditawarkan oleh Mercedes-Benz.

Bagi yang berminat, CLE300 4Matic Coupe akan dijual pada harga  RM526,000, atas jalann tidak termasuk insurans.

Tag:

Mercedes-Benz Malaysia
CLA300 coupe
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.

26-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.

05-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Berita Auto

Mercedes-Benz, Toyota, Chery Dipanggil Balik

Para pemilik yang terlibat diminta membuat temujanji dengan pihak pengeluar kereta.

25-06-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Xpeng G6 RWD Muncul Dalam Versi Marhaen – Standard Range, Lancar Jan 14

Xpeng Malaysia telah mengemaskini laman web rasminya dengan kemasukan varian asas terbaru bagi SUV elektrik Xpeng G6 RWD yang kini muncul dalam versi Standard Range (SR).

12-01-2026
Kereta Baru

Toyota Vellfire HEV 2026 Boleh Ditempah – Mewah Tapi Menjimatkan, Dari RM549K

Tempahan bagi model Toyota Vellfire HEV 2026 kini dibuka secara rasmi untuk pasaran tempatan.

12-01-2026
Kereta Baru

Butiran Proton e.MAS 7 PHEV Didedahkan, Ada 3 Varian, Jarak Gerak 1,065KM

Spesifikasi terperinci bagi Proton e.MAS 7 PHEV yang akan datang telah pun didedahkan.

12-01-2026
Kereta Baru

Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?

Tidak sampai sebulan selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan.

09-01-2026
Kereta Baru

Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!

Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.

08-01-2026
Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Kereta Baru

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026