Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Guna Teknik Licik Cuba Seludup 2,626 Rim, Kastam Lagi Bijak

Sofea Najmi

Kongsi melalui

AOW-wheel-(2).jpg


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan cubaan untuk menyeludup masuk 2,626 rim bernilai RM636,235 dengan dua lori kontena di Padang Besar.


Aktiviti tersebut berjaya dikesan semasa pemeriksaan kenderaan perdagangan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Padang Besar pada 31 Mac lalu. Pemeriksaan terhadap lori kontena berpendaftaran Thailand tersebut dilakukan oleh anggota JKDM. 


Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim, menjelaskan bahawa hasil pemeriksaan terhadap muatan lori kontena itu, pihaknya dapat mengesan rim kereta pelbagai saiz dari 15 inci hingga 19 inci yang dibawa dari negara Thailand. 


AOW-wheel-(1).jpg


Siasatan mendapati modus operandi suspek adalah dengan membuat pengikraran yang tidak benar dan mengelirukan dalam Borang K1 (import). Mereka hanya mengikrarkan sebahagian barangan yang dibawa, namun sebilangan besar lagi barangan tidak diikrarkan dengan sengaja untuk mengelakkan duti dan cukai tinggi oleh pihak Kastam.


Rim tersebut dijadualkan untuk dihantar ke kedai aksesori kereta di Kuala Lumpur dan dijual pada harga RM2,000 satu set merangkumi empat tayar. 


Nilai rampasan rim tersebut dianggarkan sebanyak RM636,235, manakala nilai duti dan cukai terbabit pula berjumlah RM166,081.05. 


Kes disiasat berdasarkan Seksyen 133(1)(e) Akta Kastam 1967, sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih daripada tujuh tahun atau kedua-duanya.


Sumber: Harian Metro


Tag:

Rim
Seludup Rim
Aksesori Kereta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Berani Buat Laporan Palsu Demi Insurans, Pemilik Kedai Aksesori Kereta Disiasat

Seorang pemilik kedai aksesori kereta berani membuat laporan palsu kononnya kedai telah dipecah masuk.

30-01-2023
Berita Auto

Mula Esok, Kastam KLIA Dialihkan Ke Pintu Pelepasan

Bermula esok, 1 Januari 2026, proses pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 akan melalui fasa transformasi besar bagi menjamin keselesaan penumpang.

31-12-2025
Berita Auto

47 Kereta Mewah Dari Singapura Dirampas, Rupanya Sebab Dapat Permintaan Tinggi Daripada Orang Malaysia

Permintaan tinggi di pasaran Malaysia yang mendorong individu tertentu membawa masuk kenderaan berkenaan bagi memenuhi kehendak pengguna.

22-10-2025
Berita Auto

Porsche Cayman GT4 RS Disita Sebab Tinggal Lebih Masa Di Semenanjung

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menyita tiga kereta termasuk sebuah kereta mewah.

16-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026