Link Copiedcheck_circle
Tips

Ini 10 Cara Untuk Elak Lupa Anak Dalam Kereta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

kes-anak-terkunci-dalam-kereta-Feb-2023.jpeg


Sindrom Terlupa Anak atau Forgotten Baby Syndromate (FBS) bukanlah satu isu kecil, insiden di mana kanak-kanak ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kenderaan sering dilaporkan berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi juga di seluruh dunia.


Ada antara anak-anak kecil ini yang berjaya diselamatkan tetapi ramai juga yang tidak lagi ada peluang untuk melihat dunia luar, meninggalkan ibu bapa dengan rasa bersalah yang tidak berpenghujung. 


Untuk mengelakkan kes ini daripada semakin berleluasa, CariCarz.com kongsikan beberapa tips penting yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk mengelakkan FBS. Berikut adalah 10 perkara penting yang boleh disematkan dalam kehidupan sebagai ibu bapa dengan anak kecil:


1. Amalkan tabiat memeriksa tempat duduk belakang kereta sebelum meninggalkan kenderaan, WALAUPUN jika anak anda tidak dijangka berada di dalam kereta. Jadikan amalan setiap kali menaiki kenderaan. 


tips-elak-anak-tertinggal-dalam-kereta.jpeg


2. Gunakan apa sahaja sistem peringatan, seperti penggera pada telefon pintar, untuk mengingatkan diri sendiri untuk memeriksa tempat duduk belakang sebelum keluar dari kereta atau semasa bekerja.  Anda juga boleh menggunakan ciri Child Reminder dalam aplikasi Waze. Caranya adalah dengan menekan Settings > Reminders > ON & SHOW Child Reminder, seperti yang dipaparkan di bawah: 


tips-elak-anak-tertinggal-dalam-kereta-Waze-1.jpegtips-elak-anak-tertinggal-dalam-kereta-Waze.jpegtips-elak-anak-tertinggal-dalam-kereta-Waze-2.jpeg


3. Pastikan pasangan atau pengasuh mengingati tanggungjawab untuk menjemput dan menjaga anak, serta pastikan semua pihak memahami rutin harian. Telefon untuk memastikan semua mengingati tugas masing-masing. 


4. Letakkan barang yang penting seperti handbag, dompet atau laptop di tempat duduk belakang yang menempatkan anak anda. 


tips-elak-anak-tertinggal-dalam-kereta-1.png


5. Letakkan label pada pemegang pintu di dalam kereta untuk mengingatkan tentang kehadiran mereka. Anda juga boleh meletakkan gambar anak pada meja di tempat kerja. 


tips-elak-anak-tertinggal-dalam-kereta-2.png


6. Letak beg susu atau keperluan lain anak di tempat duduk hadapan sebagai peringatan tentang kehadiran anak di belakang. 


7. Elakkan daripada meletakkan tempat duduk kanak-kanak di belakang kerusi pemandu kerana anda tidak dapat melihat anak memandangkan sudut tersebut merupakan titik buta pemandu. 


girl-sleeping-in-car-seat-fbs.png


8. Perbanyakkan interaksi dengan anak semasa di dalam kereta untuk mengurangkan risiko terlupa tentang kehadiran mereka di dalam kereta.


9. Bina hubungan yang baik dengan keluarga, kenalan, rakan kerja dan jiran untuk bersama-sama membantu dan peka tentang keselamatan anak-anak. 


10. Latih diri untuk mengenali tanda-tanda tekanan atau keletihan yang boleh menyebabkan kurangnya kesedaran tentang kehadiran anak di dalam kereta.


Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua ibu bapa. Bersama-sama kita berusaha untuk mencegah insiden ini daripada berulang. 

Tag:

Sindrom Terlupa Anak
Forgotten Baby Syndromate
FBS
Tips Elak Terlupa Anak
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Tips

Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur

Memandu Dalam Jerebu: 5 Langkah Keselamatan Penting.

26-08-2026
Tips

Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?

Tiba-Tiba Mat Rempit 'Block' Jalan? Ini Hak Anda Sebagai Pemandu & Kenapa Kena Segera Call PDRM.

23-08-2026
Tips

EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?

EV Terbakar? Ini Tips Cas EV Di Rumah Dengan Selamat.

17-08-2026
Tips

Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu

Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?

05-08-2026
Tips

"Kenapa Penumpang Kerap Pening & Loya Dalam Kereta EV?

Sakit Kepala Lepas Naik Kereta EV? Netizen Kaitkan Dengan ‘Regen Braking?

05-08-2026
Tips

Tiba-Tiba Banjir di KL: 5 Kesilapan Ini Boleh 'Bunuh' Enjin Kereta Anda Dalam 15 Minit

Lembah Klang Hujan Lebat? Ini 5 Tips Penting Pemandu KL Elak Kereta Tenggelam Banjir

21-07-2026