Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isuzu D-Max X-Terrain Edisi Terhad: Penutup Kargo Automatik Ironguard, Dari RM156K

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Isuzu Malaysia dalam diam telah melancarkan varian edisi khas model pikap D-Max melalui video promosi terbaru yang dikongsikan di YouTube. Iklan tersebut menampilkan Isuzu D-Max X-Terrain versi terbaru yang dilengkapi dengan penutup ruang kargo jenis gelangsar atau roller shutter Ironguard.


Isuzu Malaysia turut mengemaskini laman web rasminya dengan varian terbaru tersebut. Di sini, kami dapat mengumpulkan beberapa butiran penting mengenai varian edisi khas ini termasuk harganya. 


anti-theft-and-water-dust-proof-combined.jpg


Fungsi roller shutter Ironguard yang didatangkan untuk varian istimewa ini memberikan lebih privasi dan perlindungan antikecurian di bahagian muatan. 


Varian khas ini dibina berasaskan varian tertinggi, X-Terrain, yang telah diberikan pelbagai kelengkapan. Kali ini, varian tersebut disempurnakan lagi dengan ciri baharu iaitu penutup ruang kargo jenis gelangsar yang bukan hanya meningkatkan privasi dan keselamatan ruang muatan, tetapi juga kedap air dan habuk. 


dmax-roller-feature-onetouchbutton.jpgdmax-roller-feature-smartphone.jpg


Penutup Ironguard ini boleh berfungsi secara automatik melalui butang kawalan tutup/buka yang terdapat pada bahagian belakang trak dan juga di dalam kabin. Pengguna juga boleh mengawal bukaan dan penutupan ruang kargo ini melalui keyfob atau aplikasi telefon pintar. 


dmax-roller-feature-antipinch.jpgdmax-roller-feature-accessories-v3.jpg


Ciri menarik lain pada penutup Ironguard ini ialah rel terbina dalam (built-in) yang memudahkan pemasangan aksesori tambahan yang bersesuaian. Ia juga hadir dengan ciri keselamatan anti-kepit (anti-pinch) untuk mengelakkan kecederaan. 


dmax-roller-feature-multilevelilluumination.jpg


Dari segi keselamatan, model khas ini dilengkapi dengan ciri yang sama seperti varian  X-Terrain yang menjadi asas rekaannya. Ini merangkumi ciri ADAS seperti ACC, LDW, FCW, AEB dan sebagainya. 


CariCarz_2023_Isuzu-D-Max-X-Terrain_Preview-Drive_-2.jpgCariCarz_2023_Isuzu-D-Max-X-Terrain_Preview-Drive_-16.jpgCariCarz_2023_Isuzu-D-Max-X-Terrain_Preview-Drive_-12.jpgCariCarz_2023_Isuzu-D-Max-X-Terrain_Preview-Drive_-22.jpgCariCarz_2023_Isuzu-D-Max-X-Terrain_Preview-Drive_-55.jpgCariCarz_2023_Isuzu-D-Max-X-Terrain_Preview-Drive_-60.jpg


Model ini dikuasakan oleh enjin turbo diesel 4 silinder 3.0 liter yang menghasilkan 190 ps dan 450 Nm. Enjin ini dipadankan dengan sistem pacuan 4x4 dan transmisi automatik 6 kelajuan.


D-Max X-Terrain dengan penutup kargo Ironguard ini ditawarkan di pasaran dalam kuantiti terhad. Bagaimanapun, Isuzu Malaysia tidak mendedahkan berapakah bilangan kuantiti yang dimaksudkan. 


Model ini dipasarkan pada harga bermula daripada  RM155,938.40 di Semenanjung Malaysia. Harga tersebut termasuk jaminan 7 tahun tanpa had perbatuan Isuzu Malaysia.  Sementara itu, fungsi Ironguard diberikan jaminan berasingan selama 18 bulan. 

CariCarz_2023_Isuzu-D-Max-X-Terrain_Preview-Drive_-13.jpg

Tag:

D-Max
Isuzu D-Max X-Terrain
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM

Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV).

02-05-2025
Kereta Baru

Isuzu Perkenalkan D-Max Auto Plus 4x2 1.9L, Lebih Bergaya & Canggih!

Isuzu perkenalkan D-Max generasi ke-3 yang tampil lebih berani, bergaya dan canggih.

14-10-2021
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2021 Akhirnya Melanggar Masuk Malaysia

D-Max akhirnya muncul dalam pasaran Malaysia sekali gus memberikan tanda aras baharu untuk jenama dalam segmen trak pikap.

26-04-2021
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2023 Dilancarkan – Lebih Ranggi & Moden, Harga Dari RM94K

Isuzu Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi trak pikap Isuzu D-Max 2023.

16-02-2023
Berita Auto

Jualan Isuzu D-Max Pecah Rekod! Terjual 9,211 Unit Pada 2022

Isuzu Malaysia telah melabuhkan tirai tahun 2022 dengan pencapaian membanggakan.

18-01-2023
Berita Auto

Borneo Safari 2022

Isuzu D-Max sahut cabaran Borneo Safari.

14-10-2022
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli-Belah Di Pavilion, Menang Trak Pikap!

Suka-suka sertai peraduan, tak sangka menang Isuzu D-Max.

06-10-2022
Video

Review Pandu Uji Isuzu D-Max X-TERRAIN 2022 Trak Pikap Yang Semestinya Anda Mahu!

Isuzu perkenalkan D-Max generasi ke-3 yang tampil lebih berani, bergaya dan canggih. Ia juga dinamakan sebagai "Best Value Pikap Tahun 2022"! Hari ni Caricarz akan share dengan korang, apa yang ada dengan Isuzu D-Max X-TERRAIN, dari harga sampai spesifikasinya... Berbaloi ke membeli Isuzu D-Max X-T

06-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026