Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Toyota Kukuh Sebab Ramai Tempah Toyota!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengakhiri bulan Mac lalu dengan merekodkan jualan positif  apabila 23,444 unit kereta terjual dalam tempoh tiga bulan itu.

Daripada jumlah itu,  UMWWT telah menjual 9,471 unit model Toyota manakala 217 unit adalah Lexus.

DtPortrait-03103.jpg

Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan berprestasi tinggi.

image.png

“Kami turut memberi tumpuan kepada kualiti produk, bagi memastikan ia memenuhi keperluan pelanggan.

"Dengan memenuhi pelbagai segmen, termasuk sektor komersial, kami menunjukkan dedikasi terhadap keterangkuman dan inovasi. Kami berada di sini untuk membuktikan bahawa Toyota adalah jenama untuk semua," katanya dalam satu kenyataan.

UMW-Toyota-Motor_HQ.jpg

Dalam satu langkah penting ke arah mobiliti mampan, UMWT baru-baru ini telah bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan menyerahkan Toyota Mirai.

image.png

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada komitmen terhadap neutraliti karbon, sejajar dengan Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR) negara.

Penyerahan Toyota Mirai bertujuan untuk menyokong dan menunjukkan daya maju, kecekapan dan menguna pakai penyelesaian mobiliti berkuasa hidrogen untuk negara.

Tambah Ravindran,  peranan UMWT sudah melangkaui pembuatan automotive dengan memastikan perjalanan Malaysia ke arah masa depan yang lebih mampan dan mesra alam.

“Kami komited untuk mewujudkan dunia yang mampan, lebih hijau dan lebih terhubung, selaras dengan slogan kami 'Move Your World'," katanya.

image.png

Dalam perkembangan sektor komersial pula,  UMWT telah memperkenalkan Toyota HiAce Panel Van 3.0L .

Model itu dijana dengan  enjin turbo-diesel 3.0 liter dimana mampu menghasilkan kuasa setakat 136 PS dan tork puncak 300 Nm.

image.png

Lebih menarik UMWT juga sudah  mengumumkan pra-tempahan untuk Toyota HiAce Super Long Wheelbase (SLWB) yang menawarkan peningkatan saiz yang ketara untuk ruang dalaman yang lebih besar.

Gallery

Tag:

UMW Toyota Motor
Toyota Mirai
Toyota Hiace
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Berita Auto
UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Kereta Baru
Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Berita Auto
Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan

Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan

UMW Toyota Motor telah melaburkan hampir RM20 juta dalam T-TEP, yang telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi.

18-04-2025
Berita Auto
Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

23-12-2024
Berita Auto
Toyota Camry Generasi Ke-9 Bakal Didedah Di KLIMS 2024

Toyota Camry Generasi Ke-9 Bakal Didedah Di KLIMS 2024

Toyota Camry generasi ke-9 akhirya akan menembusi pasaran kita tidak lama lagi.

02-12-2024
Berita Auto
Baru 2 Bulan, Toyota Dah Jual Lebih 13K Kereta

Baru 2 Bulan, Toyota Dah Jual Lebih 13K Kereta

UMW Toyota Motor (UMWT) mendedahkan bahawa 7,480 unit kereta terjual pada bulan lepas

07-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto
Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto
Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto
Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto
Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto
Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto
PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto
Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026