- Berita
- EV
- Mercedes-AMG Bangunkan SUV Elektrik 1,000 HP? Ini Perkembangannya...

Mercedes-AMG bakal memperkenalkan sebuah SUV elektrik berprestasi tinggi.
Mercedes-AMG kini sedang membangunkan sebuah SUV elektrik berdasarkan platform binaan AMG.EA yang sama digunakan pada sedan elektrik yang telah diperkenalkan sebelum ini. Lebih menarik lagi, SUV ini akan menjadi model berdiri sendiri atau standalone yang dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan di Affalterbach dan bukannya berasaskan mana-mana model EV Mercedes-Benz yang sedia ada, lapor Autocar UK.

SUV elektrik AMG yang kini sedang dibangunkan, tidak dihasilkan berdasarkan mana-mana model elektrik Mercedes-Benz yang sedia ada.
Platform AMG.EA dengan seni bina elektrikal yang mampu menampung 800 volt ini akan memberikan SUV elektrik AMG ini pakej bateri kompak berprestasi tinggi yang akan menggerakkan motor elektrik axial flux yang dibangunkan khas oleh Yasa untuk AMG. Setiap motor mampu menghasilkan sehingga 480 hp dan 800 Nm, menjadikan jumlah tenaga keseluruhan sistemnya mencecah 1,000 HP!

Selain itu, SUV elektrik ini juga akan dilengkapi dengan pelbagai komponen mekanikal khas AMG yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pengendalian dan prestasi kenderaan, ini adalah termasuk sistem pengendalian empat roda, kemampuan vektor tork, serta sistem suspensi AMG Active Ride Control.

Seperti sedan elektrik AMG yang telah dipaparkan dalam teaser sebelum ini, model SUV ini juga akan diberikan pelbagai komponen khas AMG bagi meningkatkan prestasi dan kualiti pengendalian.


Kereta konsep, sedan elektrik Mercedes-Benz Vision AMG yang dipertontonkan pada tahun 2022.
Menurut sumber yang ditemubual oleh Autocar UK, SUV elektrik AMG ini juga akan dipertontonkan sebagai sebuah kereta konsep tahun ini. SUV konsep itu nanti dikatakan akan mempunyai ukuran yang sama dengan sedan konsep Vision AMG yang berkepanjangan 5,100 mm, dengan jarak antara roda lebih daripada 3,000 mm, menjanjikan ruang kabin yang luas.


SUV elektrik AMG ini juga akan menggantikan model SUV prestasi bersaiz sederhana sedia ada, Mercedes-AMG GLE 63. Pengeluaran SUV elektrik AMG yang akan datang ini dijadualkan akan dibuat di kilang Mercedes-Benz di Sindelfingen, Jerman, yang akan dikeluarkan bersama-sama dengan sedan sport AMG yang telah diperkenalkan sebelum ini. Sumber juga menyatakan bahawa persiapan telah dibuat untuk menerima kehadiran dua model AMG elektrik baru ini yang akan menjadi model utama dalam barisan EV prestasi AMG.

Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv