Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MG Malaysia Kini Miliki 10 Pusat Pengedaran di Seluruh Negara – Sasar Lebih Banyak Lokasi Tahun Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MG-Motor-Petaling-Jaya_Mega-Galeri-Motor.jpg


MG Malaysia kini memiliki 10 cawangan pengedar sah di seluruh Malaysia.


MG Malaysia (SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd) hari ini mengumumkan bahawa mereka kini memiliki 10 cawangan pengedar sah di seluruh Malaysia. Syarikat turut mendedahkan akan membuka lebih banyak lagi cawangan pada tahun ini. Kebanyakan pusat ini terletak di sekitar Lembah Klang. 


Pelanggan boleh melihat dengan lebih terperinci model kenderaan elektrik (EV) yang dilancarkan oleh MG Malaysia bulan lalu, iaitu MG4 EV dan MG ZS EV di kesemua cawangan ini. 


MG-Motor-Plentong_Ang-Trading.jpgMG-Motor-Cheras_Mega-Appeal.jpg


"Pihak kami sangat gembira menyambut kehadiran pengedar yang komited ini ke dalam keluarga MG. Semangat dan komitmen mereka selaras dengan misi kami untuk menyediakan pengalaman MG yang tiada tandingan kepada pelanggan di seluruh negara," kata Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Steven Du dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.


Steven turut menambah bahawa lebih banyak cawangan jenama MG akan dibuka dalam masa yang terdekat. Cawangan-cawangan baharu akan dibuka di kawasan Utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, diikuti dengan kawasan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). 


MG-Motor-Melaka_Seong-Hoe.jpg


Berikut adalah rangkaian 10 pengedar MG Malaysia yang kini beroperasi:


web_MG-Malaysia-Dealers_April-2024.jpg


Selain pengumuman tentang pusat-pusat pengedaran ini, MG Malaysia juga turut menjelaskan mengenai Program Insurans MG (MIP) yang diumumkan semasa pelancaran MG4 dan MG ZS EV. Program ini menyaksikan MG Malaysia bekerjasama dengan syarikat-syarikat insurans terkemuka seperti Berjaya Sompo Insurance, Allianz Malaysia dan Generali Malaysia.


Melalui kerjasama ini, MIP menawarkan ketenangan tambahan kepada pelanggan melalui perlindungan kos penundaan tanpa had, serta perlindungan pemasangan pengecas wallbox di rumah dengan bayaran balik sehingga RM10,000 sekiranya berlaku kecurian atau kerosakan akibat faktor luar.


Caricarz-Web-MG4-MGZSEV-Launch-Malaysia-14.JPGCaricarz-Web-MG4-MGZSEV-Launch-Malaysia-11.JPGCaricarz-Web-MG4-MGZSEV-Launch-Malaysia-4.JPG


MG Malaysia juga bekerjasama dengan Allianz Malaysia dalam program Alliance EV Shield yang membolehkan pemilik memilih untuk mendapatkan pampasan tambahan sehingga RM5,000 di atas liputan insurans kenderaan biasa (tertakluk kepada terma dan syarat).


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semua pengedar baru ini dan juga program selepas jualan tambahan MIP, kunjungi mana-mana pengedar yang tersenarai di atas. Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian bantuan MG di 1-800-28-3636, atau layari laman web MGMalaysia.com.


MG-Motor-Seremban_SV-Autohaus.jpg


Tag:

MG Malaysia
SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd
Pusat Pengedaran MG Malaysia
MG4 EV
MG ZS EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

MG S5 EV Rasmi Dilancar, Ada 3 Varian, Kalau Tempah Awal, Ada Diskaun RM6,000

MG Malaysia akhirnya melancarkan secara rassminya model elektrik terbaharu mereka, iaitu MG S5 EV 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

20-05-2025
Berita Auto

Perhatian: MG4 Turun Harga, Pelanggan Kini Boleh Jimat Hingga RM28,000

MG Motor Malaysia menetapkan harga baharu untuk model hatchback elektrik paling hangat di pasaran, MG4 semalam.

02-10-2025
EV

MG4 EV 2026 Didedahkan Di China – Pilihan Bateri Separa Pepejal

MG secara rasmi mendedahkan MG4 EV serba baharu bagi model tahun 2026 di acara automotif Chengdu Auto Show 2025, yang kini sedang berlangsung di China.

02-09-2025
Berita Auto

Harga Runtuh: MG Tawar MG5 Semurah RM86,900

MG Motor Malaysia menawarkan harga promosi kaw-kaw untuk dua model terbaharunya, MG5 dan MG4 sempena promosi pertengahan tahun.

18-06-2025
EV

Spesifikasi MG4 Terbaru Didedahkan – Lebih Besar, Ringan & Menyerlah

Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China telah mendedahkan permohonan baharu daripada MG untuk model hatchback elektrik MG4.

20-03-2025
Berita Auto

TikToker Gigih Rakam Video, Selepas MG4 Terlibat Dalam Kemalangan

Iman sempat menunjukkan keadaan kereta MG4 selepas terlibat dalam satu kemalangan, baru-baru ini.

04-10-2024
Kereta Baru

Pratonton MG4 EV: 4 Varian, Capai 520 KM, Harga Dari RM104K

Ini dia spesifikasi terperinci MG4 EV yang bakal masuki pasaran tempatan tak lama lagi.

28-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026