Link Copiedcheck_circle
EV

MPV Mewah: Zeekr 009

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

MPV elektrik mewah, Zeekr 009 Grand akan ditayangkan secara umum pada pameran  Auto China 2024 yang diadakan di Beijing, China pada tahun ini.

Bagaimanapun, Geely masih belum mendedahkan sebarang butiran mengenai pelancaran rasmi mengenai MPV ini yang akan didedahkan pada Jumaat ini di China.

Melihat luarannya, ia menerima gril krom gelap serta rim 20 inci berkilat manakala pemegang pintunya pula dilihat bersambungan dari pintu hadapan ke belakang.

image.png

Bagaimanapun, bahagian dalamannya dilihat cukup besar dan luas kerana ia bukan didatangkan dengan tiga barisan tempat kerusi sebaliknya barisan kedua dan ketiga, hanya dilengkapi dengan dua kerusi.

image.pngimage.png

Ini menjadikan suasana di dalam kabin kelihatan lebih mewah dan moden.

Malah, MPV empat tempat duduk ini juga dilengkapi denagn penyokong kepala besar dan perehat leher.

Apa yang cukup menarik terdapat skrin besar yang dipasang di bahagian penumpang belakang. 

image.png

Ini bermakna pemandu dan penumpang hadapan tidak dapat melihat penumpang belakang kerana adanya skrin besar ini.

Buat masa ini, keluasan kabin Zeekr 009 masih belum didedahkan secara terperinci .

Antara ciri lain yang terdapat pada MPV ini ialah ia dilengkapi dengan bumbung panaromik, panel hiasan kayu.

Buat masa ini, tiada butiran teknikal didedahkan namun ia mungkin menggunakan  trenkuasa yang sama dengan Zeekr 009 biasa.

image.png

Zeekr 009 biasa menggunakan bateri 140 kWj yang mampu menawarkan perjalanan sejauh 822 kilometer. Ia mampu menghasilkan kuasa setakat 536 hp dan mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 4.5 saat.

Gallery

Tag:

Zeekr 009
Zeekr 009 Grand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Zeekr 009 Executive AWD Berharga RM299,800, Jarak Gerak 604KM

Zeekr Malaysia mengesahkan Zeekr 009 Executive kini dijual pada harga RM299,800 selepas melancarkan Pusat Zeekr di pusat beli-belah KLCC, Kuala Lumpur sebentar tadi.

19-08-2025
EV

Zeekr 009 Executive Kini Dengan Suspensi Udara Dwi-Ruang – Lebih Selesa

Selepas kemunculan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 baru-baru ini, Zeekr Malaysia kini memperkenalkan penambahbaikan pada varian Zeekr 009 Executive.

15-05-2025
Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Kereta Baru

ZEEKR 009, ZEEKR X Dilancar, Harga Bermula Dari RM156K&RM350K

Zeekr Malaysia yang dioperasikan oleh Sentinel Automotive melancarkan model pertama MPV EV Zeekr 009 dan Zeekr X, sebentar tadi.

06-12-2024
EV

Jom Lihat EV Premium Zeekr X & Zeekr 009 Di Sunway Pinnacle – Minat Terus Tempah!

Kenderaan elektrik (EV) Zeekr X dan Zeekr 009 kini membuat kemunculan pertama untuk tontonan umum.

08-10-2024
Kereta Baru

Tempahan EV Zeekr X & Zeekr 009 Kini Dibuka – Anggaran Dari RM180K & RM370K

Zeekr Malaysia (Sentinel Automotive) telah membuka tempahan bagi dua model pertamanya untuk pasaran tempatan iaitu SUV crossover Zeekr X dan MPV Zeekr 009. Ini yang perlu anda tahu...

04-10-2024
EV

Ini Dia Pencabar Vellfire, Alphard, Zeekr 009, Pengecasan Bateri Paling Laju, SAH Masuk M'sia

Geely melancarkan secara rasminya MPV elektriknya, Zeekr 09 di pasaran Thailand, baru-baru ini.

24-09-2024

Berita Terkini

EV

Pusat Ujian EV Kedah Dirasmikan – Boleh Uji Bateri, Enjin & Motor 1,000 Jam

Kedah kini menempatkan pusat ujian kenderaan elektrik (EVTC) tercanggih yang baru sahaja memulakan operasi fasa pertamanya semalam.

19-12-2025
EV

EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan mewujudkan klasifikasi untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih mampu milik, untuk menyaingi harga yang ditawarkan oleh pengeluar kereta China, ketika ini.

15-12-2025
EV

Operasi CKD XPeng Bakal Berlaku, Rundingan Dengan EPMB Melaka

XPeng mengesahkan bahawa syarikatnya kini sedang mengadakan rundingan dengan EP Manufacturing Bhd (EPMB) untuk memulakan pemasangan kenderaan elektrik secara tempatan (CKD) secara besar-besaran di Malaysia bermula tahun 2026.

14-12-2025
EV

Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar

Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena Proton Tech Showcase 2025.

05-12-2025
EV

Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya

Skim pajakan bateri Perodua QV-E dijelaskan dengan lebih terperinci untuk memudahkan para pembeli.

01-12-2025
EV

Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini

Perodua QV-E (BEV) kini rasmi di pasaran pada harga RM80K dengan bateri LFP 52.5 kWj. Ini dia 9 pusat jualan EV Perodua yang sah di serata Malaysia.

01-12-2025
EV

Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!

Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.

01-12-2025
EV

Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini

Kenderaan elektrik pertama Perodua dikatakan akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.

29-11-2025