Link Copiedcheck_circle
EV

Pengecas EV Pantas DC Handal Kini Di JPO & IOI City Mall

Sofea Najmi

Kongsi melalui

DC-Handal-IOI-JPO-(4).jpg


Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri,  syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) DC Handal telah berjaya mempercepatkan pengaktifan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) mereka di Johor Premium Outlet (JPO) dan IOI City Mall Putrajaya.


Di JPO, stesen cas EV DC Handal menawarkan empat unit pengecas DCFC Kempower berkuasa 200 kW yang diedarkan secara dinamik berdasarkan keadaan cas kenderaan (SOC). Setiap pengecas dilengkapi dengan satu nozel cas CCS2 dan sistem pengurusan kabel eksklusif Kempower.


DC-Handal-IOI-JPO-(6).jpgDC-Handal-IOI-JPO-(5).jpg


Pengecas Kempower 200 kW di  Johor Premium Outlet (JPO)


Sementara itu, stesen di IOI City Mall yang terletak di aras LG, Zon D, dilengkapi dengan tiga unit pengecas dua nozel jenis Autel. Setiap unit menawarkan output pengecasan berbeza iaitu DCFC 240 kW, DCFC 47 kW dan AC 22 kW, semuanya dilengkapi dengan sistem pengurusan kabel tersendiri.


DC-Handal-IOI-JPO-(2).jpgDC-Handal-IOI-JPO-(4).jpg


Pengecas DC & AC Autel di IOI City Mall, Putrajaya


Mengenai caj yang dikenakan, stesen pengecasan EV JPO ditetapkan pada RM1.50/kWj, harga yang sama bagi kebanyakan CPO di Malaysia buat masa ini.


Sementara itu, di IOI City Mall, kadar cas berbeza mengikut jenis pengecas yang digunakan. DCFC 240 kW dikenakan bayaran RM1.50/kWj, DCFC 47 kW RM1.30/kWj dan pengecas AC 22 kW dikenakan bayaran RM1/kWj.


My-project-(1).jpg


Setakat ini, DC Handal telah menyediakan sejumlah 61 stesen pengecas DCFC di 18 lokasi berbeza. Kesemua lokasi pengecasan dilengkapi dengan terminal pembayaran terintegrasi yang menerima kad debit dan kredit, MyDebit, Google Pay, Apple Pay, Samsung Pay, serta pembayaran maya melalui aplikasi JomCharge dan chargEV.

Tag:

DC Handal
Pengecas DCFC
Pengecas AC
DC Handal Johor Premium Outlet (JPO)
DC Handal IOI City Mall Putrajaya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Mercedes-Benz Malaysia, DC Handal Bekerjasama Perluas Rangkaian Pengecasan EV

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkukuhkan jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini menerusi kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan tempatan, DC Handal.

07-10-2025
EV

DC Handal Kini Bolehkan Pembayaran Melalui e-dompet TnG

Selepas ini, pengguna yang menggunakan DC Handal boleh membuat pembayaran menerusi Perkhidmatan e-dompet Touch 'n Go (TnG).

16-06-2025
EV

DC Handal Lancar Hab Pengecasan EV 1.2 MW Di Johor – Tiada Had Masa, Dari RM1.30 kWj

DC Handal secara rasmi melancarkan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbesarnya setakat ini.

28-03-2025
EV

500 Pengecas EV Akan Dibina di JPO – DC Kapasiti 1MW!

Genting Simon Sdn Bhd mengumumkan rancangan untuk memasang 500 pengecas kenderaan elektrik (EV) di Johor Premium Outlets (JPO).

04-03-2025
EV

Pengecas EV Pintar DC Handal Disediakan Di Bamboo Hills – Dari RM0.90/kWj

DC Handal telah menaik taraf fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang disediakan di Bamboo Hills menjadi hab pengecasan pantas (DCFC) yang lebih komprehensif.

01-02-2025
EV

Seksyen 2 WCE Dibuka Hari Ini – Bebas Tol Sebulan, Ada Stesen Pengecas EV 240 kW

Seksyen 2 Lebuhraya Pantai Barat (WCE) telah rasmi dibuka mulai hari ini. Sempena pembukaannya, laluan sepanjang 7.2 kilometer ini bebas tol sehingga 22 Februari 2025.

22-01-2025
EV

Persaingan Harga Pengecas EV Makin Sengit – DC Handal Tawar RM1.00/kWj Untuk DC?

DC Handal kini menawarkan kadar tetap RM1.00/kWj bagi pengecasan pantas DC (DCFC) di beberapa lokasi.

09-12-2024
EV

Pengecas Pantas DC Handal Kini Di XPeng Glenmarie – Hingga 80 kW, Dari RM1.20/kWj

Pengeluar kenderaan dari China, XPeng, baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan (CPO) tempatan, DC Handal.

04-09-2024

Berita Terkini

EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026