Link Copiedcheck_circle
EV

Pengecas Pantas 200 kW DC Handal @ WCE Assam Jawa SEDIA Sebelum Raya – RM1.50/kWj

Sofea Najmi

Kongsi melalui

DC-Handal-WCE-LIVE-(2).jpg


Pengecas DCFC pertama di Plaza Tol Utara Assam Jawa WCE (Exit 3210)


Pada bulan Disember tahun lalu, CariCarz.com pernah melaporkan mengenai ketersediaan pengecas DCFC pertama di Plaza Tol Utara Assam Jawa WCE (Exit 3210). Hari ini, kami menerima maklumat bahawa stesen pengecas ini akan mula beroperasi sepenuhnya dalam masa beberapa hari sebelum ketibaan Hari Raya Aidilfitri. 


Kelewatan pengaktifan sistem pengecasan ini bukanlah disebabkan oleh isu pelesenan, tetapi kerana ketidaksediaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memandangkan pemasangan stesen ini dibuat di lebuh raya baharu. 


DC-Handal-WCE-LIVE-(1)q.jpg


DC Handal akan menyediakan beberapa stesen pengecas EV di sepanjang laluan WCE.


Untuk stesen pengecas EV yang pertama di lokasi tersebut, DC Handal menyediakan satu unit pengecas DC Kempower berkapasiti 200 kW dengan dua nozel CCS yang membolehkan dua EV dicas secara serentak. 


Pengecas ini hadir dengan teknologi pengecasan dinamik yang boleh menyalurkan kadar pengecasan yang sesuai berdasarkan tahap cas (SoC) kenderaan yang disambung. Kenderaan dengan SoC lebih rendah akan menerima input pengecasan yang lebih tinggi.


DC-Handal-WCE-LIVE-(9).jpgDC-Handal-WCE-LIVE-(1).jpg


Caj yang dikenakan untuk setiap sesi pengecasan adalah RM1.50/kWj.


Kami dimaklumkan bahawa harga bagi setiap sesi pengecasan adalah seperti kadar standard DC Handal iaitu RM1.50/kWj. Kaedah pembayaran yang diterima termasuk kad debit atau kredit, MyDebit, Google Pay, Apple Pay, Samsung Pay, serta pembayaran dalam talian melalui aplikasi JomCharge dan ChargEV. Integrasi ke dalam aplikasi Gentari Go yang diperkenalkan baru-baru ini akan ditawarkan pada masa akan datang. 


IMG-20240329-WA0055.jpg

IMG-20240329-WA0056.jpgDC-Handal-WCE-LIVE-(6).jpgDC-Handal-WCE-LIVE-(5).jpgDC-Handal-WCE-LIVE-(4).jpg


Setakat ini, DC Handal telah menyediakan sebanyak 49 petak pengecas kenderaan elektrik (EVCB) di 15 stesen di seluruh negara. Syarikat ini kini sedang aktif memperkembangkan rangkaian pengecasannya ke seluruh negara.


Memandangkan DC Handal adalah satu-satunya syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) yang masih belum memiliki aplikasinya sendiri, adakah mereka berada dalam kedudukan yang ideal untuk menjadi penyedia perkhidmatan plug-and-charge seperti Tesla. Mungkinkah ini rancangan DC Handal untuk masa akan datang?

Tag:

Pengecas DCFC
Plaza Tol Utara Assam Jawa WCE
Hari Raya Aidilfitri
DC Handal
DC Kempower
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Pengecas EV Pantas DC Handal Kini Di JPO & IOI City Mall

DC Handal telah berjaya mempercepatkan pengaktifan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) mereka di Johor Premium Outlet (JPO) dan IOI City Mall Putrajaya.

10-04-2024
EV

Pengecas DCFC Gentari Kini Di Petronas RnR Kundang & Gunung Semanggol

Gentari telah mengaktifkan dua lagi lokasi pengecas DC di sepanjang rangkaian lebuh raya.

14-03-2024
EV

Pengecas DCFC Terpantas Malaysia Di Highland Hotel Genting Dah Beroperasi

Genting Highlands kini menjadi salah satu lokasi fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang terpantas di Malaysia.

13-02-2024
EV

ChargeSini Mydin: 9 Stesen Pengecas EV Kini AKTIF

ChargeSini telah menyediakan stesen pengecas pantas arus terus (DCFC) di 11 cawangan Mydin. Ini lokasinya...

11-02-2024
EV

Senarai Lokasi Pengecas DC & AC Terbaru Gentari Serta Caj Yang Dikenakan

Gentari telah melancarkan pengecas baharu di beberapa lokasi. Ini senarainya...

29-12-2023
EV

DC Handal Lancar Pengecas EV Terpantas Di Bandar Melaka! Hanya RM1.50/kWh

DC Handal telah melancarkan fasiliti pengecasan pantas DC Kempower di The Pines Melaka. Ini yang anda perlu tahu...

20-12-2023
EV

DC Handal Dan Auto Bavaria Bekerjasama Untuk Perbanyak Stesen Pengecas DCFC

DC Handal telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Auto Bavaria. Ini rancangan kedua-dua syarikat...

07-12-2023
EV

PLUS & Gentari Meterai MoU Perkasa Ekosistem EV, 100 Pengecas Pantas Menjelang 2025

PLUS telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Gentari. Ini apa yang bakal dilaksanakan...

03-12-2023

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026