Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penunggang Motosikal Cedera Kerana Jalan Berlubang, Terima Ganti Rugi RM721,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

jalan-berlubang-ganti-rugi-4.png


Seorang penunggang motosikal berjaya terima ganti rugi lebih RM700,000 daripada syarikat penyelenggara jalan. (Gambar hiasan)


Seorang penunggang motosikal yang tercedera kerana kemalangan di jalan berlubang di Pasir Gudang tiga tahun lalu telah berjaya mendapatkan ganti rugi sebanyak RM721,000 dari sebuah syarikat penyelenggara jalan. 


Mahkamah Sesyen di Johor Bahru baru-baru ini memerintahkan syarikat tersebut membayar kos berkenaan kepada Razali @ Mohd Leey Subeh, 49, selepas beliau berjaya membuktikan tuntutannya. 


Lubang tersebut masih kekal rosak tanpa sebarang pembaikan sejak kejadian berlaku pada 11 Februari 2021 hingga kerja-kerja penggalian dilakukan pada 29 September 2022.


jalan-berlubang-ganti-rugi-1.jpeg


Jalan berlubang perlu dibaiki secepat mungkin kerana boleh mengakibatkan kemalangan. (Gambar hiasan)


Hakim Sazlina Safie menyatakan bahawa defendan gagal memfailkan sebarang hujahan bertulis atau lisan sehingga keputusan dibuat, dan lubang tersebut masih ada sehingga kini. 


Razali mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala akibat terjatuh ke dalam lubang tersebut. Mahkamah mendapati isu jalan berlubang telah dibuktikan dan diakui oleh defendan, yang juga gagal membawa pihak ketiga yang bertanggungjawab terhadap isu berkenaan.


jalan-berlubang-ganti-rugi-3.jpeg


Syarikat penyelenggaraan dalam kes jalan berlubang ini bagaimanapun dibenarkan untuk memfailkan rayuan. (Gambar hiasan)


Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa syarikat tersebut bertanggungjawab kepada plaintif di bawah  Seksyen 7(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 (GPA). 


Dalam keputusannya, mahkamah menganugerahkan RM352,947.33 sebagai ganti rugi khas dan RM368,000 sebagai ganti rugi am kepada Razali. Bagaimanapun, syarikat penyelenggaraan tersebut dilaporkan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu selepas keputusan ini diumumkan.


Tag:

Jalan berlubang
Laluan Berlubang
Isu Semasa
Ganti Rugi Jalan Berlubang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan

Pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akibat kerosakan jalan di Johor Bahru sebenarnya boleh membuat tuntutan pampasan kepada pihak berwajib.

26-05-2025
Berita Auto

SAH! JKR Sudah Selenggara Lebih 30,000 Meter Persegi Jalan Berlubang Di Kelantan!

Jalan berlubang di Kelantan dibaiki dalam tempoh 24 jam bagi mengelak kemalangan maut.

02-04-2025
Berita Auto

Jalan Berlubang: Aduan Perlu Diselesaikan Dalam 12 Jam Bukan 24 Jam

Langkah itu diambil selaras dengan 'dasar sifar lubang' di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan, khususnya Kuala Lumpur.

19-02-2025
Berita Auto

PBT Wajib Patuhi SOP Baiki Jalan Berlubang Dalam 24 Jam

Kerja-kerja membaiki Jalan Persekutuan berlubang sepatutnya dilakukan dalam tempoh 24 jam.

27-11-2024
Berita Auto

Kerajaan Belanja RM73.45 Juta Baiki Jalan Berlubang Tahun Ini

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah membelanjakan sebanyak RM73.45 juta dalam enam bulan pertama tahun ini.

03-08-2023
Berita Auto

Isu Jalan Rosak, Berlubang Jangan Dibuat Main

KKR bakal melancarkan kempen untuk mengatasi isu infrastruktur jalan raya.

02-08-2023
Berita Auto

Ada Masalah Jalan Berlubang? Hubungi ASaPP

Sebanyak 2,138 jalan berlubang di jalan persekutuan Semenanjung Malaysia ditampal.

12-06-2023
Berita Auto

Korang Boleh Pohon Peruntukan Untuk Baiki Jalan?

Rakyat boleh mohon peruntukan untuk tampal jalan berlubang tetapi ada syarat-syaratnya.

02-06-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026