- Berita
- EV
- PRO-NET Terima Pembiayaan RM200 Juta Daripada CIMB – Bantu Tingkat Infrastruktur EV
PRO-NET Terima Pembiayaan RM200 Juta Daripada CIMB – Bantu Tingkat Infrastruktur EV

Ahli Lembaga Pengarah PRO-NET, Roslan Abdullah (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Perbankan Borong Kumpulan CIMB Group, Novan Amirudin (tiga dari kiri) merasmikan kerjasama pembiayaan sebanyak RM200 juta.
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), telah menerima pembiayaan RM200 juta daripada CIMB untuk menyokong inisiatif mobiliti hijau serta untuk import dan pengedaran kenderaan elektrik smart di Malaysia.
Sebagai pengimport eksklusif kenderaan smart di Malaysia dan Thailand, PRO-NET memperkenalkan model smart #1 yang dibangunkan berdasarkan Seni Bina Elektrik Lestari Geely (SEA) dan direka oleh Mercedes-Benz. Dengan rangkaian luas termasuk 13 lokasi pengedar cawangan smart, aplikasi 'Hello smart App', dan pelan perkhidmatan pelanggan yang kukuh, PRO-NET menawarkan penyelesaian mobiliti elektrik yang menyeluruh.

PRO-NET juga memegang tanggungjawab untuk memenuhi komitmen PROTON dalam agenda kenderaan elektrik serta menyokong peralihan ke arah pengeluaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) dan pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim.


Menurut Ahli Lembaga Pengarah PRO-NET, Roslan Abdullah, pembiayaan daripada CIMB menunjukkan sokongan terhadap inisiatif PRO-NET dalam memperluas pasaran EV. Roslan menegaskan bahawa pembiayaan tersebut akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur EV dan pengalaman pengguna secara keseluruhan.
"Kami berterima kasih kepada CIMB atas peluang yang diberikan kepada PRO-NET dan PROTON untuk mengembangkan penawaran kami dan menyediakan pelbagai pilihan model EV bagi memenuhi keperluan pelanggan kami yang sentiasa berubah," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Perbankan Borong Kumpulan CIMB Group, Novan Amirudin menyatakan sokongan mereka terhadap inisiatif mobiliti hijau PRO-NET.
"Langkah ini selaras dengan aspirasi CIMB Group untuk menjadi bank utama di ASEAN dan menjadi peneraju dalam kelestarian di rantau ini, seperti yang dinyatakan dalam pelan strategik Forward23+ kami," katanya.
CIMB juga telah melancarkan pelbagai penyelesaian kewangan EV untuk merangsang penggunaan EV dan menyokong peralihan ke arah mobiliti mampan di ASEAN.
Baca: [PANDU UJI] Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Beli smart #1 Brabus
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv