Link Copiedcheck_circle
EV

Selamatkah Guna Pengecas EV Tanpa SIRIM

Suhana Veru

Kongsi melalui

Untitled-design---2024-04-17T170216.956.jpg

Gambar Hiasan.

Percaya atau tidak, kebanyakan syarikat penyedia stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), masih belum memohon kelulusan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk memastikan peralatan digunakan selamat dan boleh dipercayai.

Itu kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad.

image.png

Memetik kenyataan beliau di akhbar Berita Harian sebagai berkata: biarpun, permohonan itu bukannya mandatori, namun pihak penyedia EV dinasihatkan membuat permohonan supaya peralatan yang digunakan untuk stesen pengecas EV diuji terlebih dahulu.

"Sebenarnya, SIRIM dalam ekosistem EV mempunyai peranan yang amat penting. Kita akan memberi (kelulusan) sebelum (pembinaan) sebarang infrastruktur EV seperti stesen pengecas EV dan EV yang masuk ke Malaysia.

"Ia mesti mendapatkan satu kelulusan, contohnya dari segi reka bentuk oleh agensi di bawah SIRIM. Selepas itu, ia mesti diuji dan disahkan oleh SIRIM untuk memastikan bateri yang menjadi komponen penting buat kenderaan selamat digunakan.

"Yang penting adalah kita hendak mengharmonikan penggunaan stesen pengecas (EV) itu dari Singapura sampai ke negara Asia Tenggara (yang lain) dengan menggunakan (sistem) pengecasan yang sama. Maksudnya, anda boleh memandu EV ke mana-mana saja dan boleh cas EV di mana-mana juga. Maksudnya ada standardlah,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya mahu memastikan semua penyedia stesen EV mempunyai satu standard yang ditetapkan oleh badan antarabangsa serta perlu mematuhi standard. 

“Kita juga nak pastikan pengguna di jalan raya selamat menggunakan EV masing-masing,” katanya.


Gallery

Tag:

SIRIM EV charging points certification programme
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026