Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Syarikat Pengangkutan Boleh Pilih 3 Syarikat Minyak dalam MySubsidi Diesel

Sofea Najmi

Kongsi melalui

mysubsidi-(5).jpg


Kerajaan telah meluluskan penambahan pilihan daripada dua kepada tiga syarikat pembekal minyak melalui sistem MySubsidi Diesel secara serta-merta. 


Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, keputusan ini dibuat berdasarkan pandangan dan maklum balas daripada syarikat pembekal minyak serta industri pengangkutan.


Beliau menyatakan bahawa sebelum ini, syarikat pengangkutan barangan hanya dibenarkan memilih dua syarikat pembekal minyak ketika mendaftar MySubsidi Diesel. Namun, selepas mempertimbangkan rayuan yang diterima, kerajaan bersetuju untuk memperluaskan pilihan kepada tiga daripada lima syarikat pembekal minyak yang ditetapkan iaitu sama ada Petronas, Shell, Petron, Caltex atau BHP.


mysubsidi-(3).jpgmysubsidi-(4).jpg


Dalam usaha untuk menyegerakan permohonan kad fleet dengan syarikat minyak terpilih, Armizan telah menjalankan libat urus dengan industri pengangkutan dan syarikat pembekal minyak. Tujuannya adalah untuk memastikan syarikat kenderaan pengangkutan barangan dapat menikmati subsidi yang disediakan oleh kerajaan apabila penyasaran dilaksanakan.


Armizan turut menggesa pengusaha pengangkutan barangan untuk segera membuat permohonan kad fleet. Menurutnya, ramai yang sudah mendaftar melalui sistem MySubsidi Diesel, namun masih ada yang belum membuat keputusan dalam permohonan mendapatkan kad fleet terbabit.


mysubsidi-(8).jpg


Beliau menyatakan bahawa persatuan yang terlibat dalam sektor ini telah komited menggalakkan ahli mereka supaya segera mendapatkan kad fleet sebaik sahaja mendaftar dalam MySubsidi Diesel. Ini kerana mereka yang mendaftar dalam sistem ini akan mendapat kelulusan segera sekiranya dokumen yang diperlukan lengkap, manakala permohonan untuk mendapatkan kad fleet dengan syarikat pembekal minyak memerlukan lebih banyak masa.



Tag:

MySubsidi Diesel
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
KPDN
Subsidi Diesel
Kad Fleet
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penyasaran Subsidi Terbukti Berkesan, Kenderaan Asing Kurang Singgah Stesen Minyak

Kehadiran kenderaan asing mengisi minyak diesel di stesen minyak berdekatan sempadan negara menunjukkan penurunan yang ketara.

25-06-2024
Berita Auto

KPDN Bagi Bayaran Balik Perbelanjaan Diesel Untuk Kelulusan Hingga 30 Jun

Permohonan lengkap untuk 33 jenis pengangkutan darat awam dan barangan akan diberi kelulusan serta-merta.

23-06-2024
Berita Auto

Sebaik Harga Diesel Baharu Diumum, Permohonan Subsidi Meningkat 548 Peratus!

Jumlah permohonan menunjukkan peningkatan harian yang signifikan setelah pengumuman harga baharu diesel.

14-06-2024
Berita Auto

1 Juta 'Fleet Card' Disediakan, Jangan Tangguh Permohonan Subsidi Diesel

Sejumlah satu juta stok ‘fleet card’ telah disediakan untuk pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kelak.

30-05-2024
Berita Auto

Permohonan Subsidi RM200 Diesel Dibuka Untuk Pemilik Kenderaan Diesel Persendirian, Petani & Pekebun Kecil

Individu pemilik kenderaan diesel persendirian, petani kecil, dan pekebun kecil komoditi telah boleh mula membuat permohonan bagi Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI).

28-05-2024
Berita Auto

Tarikh & Mekanisme Pelaksanaan Subsidi Diesel Diumum Tidak Lama Lagi – PM

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa tarikh serta mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bakal diumumkan dalam masa terdekat.

27-05-2024
Berita Auto

14 Jenis Kenderaan Lagi Layak Terima Subsidi Diesel

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan penambahan 14 jenis kenderaan dalam program Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua.

14-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026