Link Copiedcheck_circle
EV

Trak ‘Kalis Peluru,' Tesla Cybertruck Dipertontonkan Di Malaysia – Ini Spesifikasinya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

THUMB-TESLA-CYBERTRUCK-DIPERTONTONKAN-1.png


Tesla Malaysia sebentar tadi telah mempertontonkan trak Tesla Cybertruck, yang unik dan futuristik dalam satu acara pratonton eksklusif untuk media. Diperkenalkan di peringkat global secara rasmi pada bulan Disember tahun lalu, trak elektrik ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu  varian pacuan roda belakang  (RWD), pacuan semua roda (AWD) dan varian berprestasi dengan tiga motor, Cyberbeast. 


Apa Yang Kami Lihat?


CariCarz-Soc_Tesla-Cybertruck-Malaysia-08.jpgCariCarz-Soc_Tesla-Cybertruck-Malaysia-01.jpgCariCarz-Soc_Tesla-Cybertruck-Malaysia-07.jpgCariCarz-Soc_Tesla-Cybertruck-Malaysia-03.jpg


Sebaik kain penutup Cybertruck dibuka, terpapar sebuah trak gergasi dengan sudut-sudut tajam yang ‘menggerunkan.’ Pelbagai sudut pada badan Cybertruck ini rata tanpa lekukan yang membutkannya tampil minimal. Rekaan rata ini juga membantu menjadikan Cybertruck lebih aerodinamik, sekaligus membolehkannya bergerak lebih jauh dengan sekali cas. 


thumb-Tesla-Cybertruck.jpg


Dari segi dimensi, Cybertruck berukuran  5,683 mm (panjang), 2,032 mm (lebar) dan 1,796 mm (tinggi) dengan jarak antara roda 3,635 mm. Berat bersih trak ini ialah antara 3,009-3,129 kg.


Model yang dibangunkan dengan menggunakan kerangka luar (exoskeleton) ini memberikannya badan yang kukuh dan tahan lasak yang menurut CEO Tesla, Elon Musk, adalah kalis peluru (psst: malangnya, cermin trak ini tidak memiliki kemampun sama). 


Bagaimanakah Kemampuan Setiap Varian Tesla Cybertruck?


Ditawarkan dalam tiga varian, varian paling rendah, RWD, boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 180 km/j. Varian ini boleh bergerak sejauh 402 km dengan sekali cas, dan memiliki kapasiti tundaan 3,402 kg. 


Varian AWD, boleh bergerak lebih laju daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 4.3 saat dengan kelajuan tertinggi 180 km/j. Jarak EV varian ini ialah 547 km dan memiliki kapasiti tundaan  4,990 kg.


Akhir sekali, varian paling berkuasa, Cyberbeast yang juga varian AWD, boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 2.7 saat (dalam mod pemanduan Beast) dengan kelajuan tertinggi 209 km/j. Varian ini boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 515 km dengan sekali cas. 


Tesla Cybertruck ialah model Tesla yang pertama dibangunkan dengan  senibina elektrikal yang mampu menampung 800 Volt, ini bermaksud model ini boleh menerima pengecasan pantas DC termasuk pengecas Supercharger. Ia juga model pengeluaran pertama yang dilengkapi dengan senibina elektrikal 48 volt yang membolehkannya menggunakan wayar lebih nipis kerana arus yang lebih rendah. 


Cybertruck dilengkapkan dengan sistem suspensi udara yang boleh memberikannya jarak kelegaan tanah sehingga 305 mm (mod Normal) sehingga 443 mm (mod Extract). 


Bagaimana Dengan Kabinnya? 


Cybertruck-Caricarz-(20).jpg

CariCarz-Soc_Tesla-Cybertruck-Malaysia-09.jpgCariCarz-Soc_Tesla-Cybertruck-Malaysia-12.jpgCariCarz-Soc_Tesla-Cybertruck-Malaysia-02.jpgIMG_3383.JPG


Trak futuristik ini dilengkapi dengan skrin sentuh berasiaz 18.5 inci di bahagian hadapan, dan  9.4 inci untuk tempat duduk belakang. Model ini menggunakan 15 speaker dengan 2 subwoofer. Kelengkapan lain ialah stereng yoke dengan butang kawalan signal dan wiper, pengecas tanpa wayar serta penapis udara HEPA dengan mod "“bioweapon defence." Ruang kargo Cybertruck ialah 3,423.5 liter, termasuk storan berkunci, 1,888 liter.  


Tesla-Cybertruck-US-13.jpg


Cybertruck didatangkan dengan kemampuan Vehicle-to-Load (V2L) melalui port sambungan 120 dan 240 volt yang boleh menyalurkan kuasa sehingga 11.5 kW kepada peranti lain. 


Bilakah Tesla Cybertruck Akan Masuk Pasaran Malaysia?


CariCarz-Soc_Tesla-Cybertruck-Malaysia-05.jpgCariCarz-Soc_Tesla-Cybertruck-Malaysia-06.jpg


Persoalan yang sebenar adakah Tesla Cybertruck akan dilancarkan di Malaysia, jawapannya, buat masa ini mungkin tidak. Kedatangan Cybertruck di bumi Malaysia ini hanyalah sebahagian daripada kunjungan untuk mempromosikan jenama Tesla di Asia. 


Sebelum model ini boleh dibawa masuk secara rasmi ke negara kita, pelbagai faktor perlu dipertimbangkan, termasuklah tahap praktikalnya dan aspek keselamatannya. Sekiranya ia dapat memenuhi keperluan tempatan, ada kemungkinan kita dapat melihat Tesla Cybertruck ditawarkan di pasaran Malaysia. 

Tag:

Tesla Cybertruck
Cybertruck
Tesla Cybertruck Malaysia
Tesla Motors Malaysia
Pratonton Cybertruck
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Cybertruck RHD Akan Jadi Kenyataan – Bakal Tiba di Australia

Cybertruck RHD Akan Jadi Kenyataan – Bakal Tiba di Australia

Tesla dilaporkan telah mengesahkan rancangan untuk menghasilkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) bagi trak elektrik, Tesla Cybertruck.

13-03-2025
Global
Tesla Buat Panggilan Semula Kali Ke-15 Tahun Ini, Babit 700K Kenderaan

Tesla Buat Panggilan Semula Kali Ke-15 Tahun Ini, Babit 700K Kenderaan

Tesla mengeluarkan notis panggilan semula buat kali ke-15 tahun ini, kali ini melibatkan hampir 700,000 kenderaan.

24-12-2024
EV
Jom Orang Penang Serbu Gurney Plaza

Jom Orang Penang Serbu Gurney Plaza

Tesla baharu sahaja dilancarkan secara rasmi di Pulau Pinang.

24-06-2024
EV
Peluang Akhir Saksikan Tesla Cybertruck Di Malaysia, Kini Di One Utama

Peluang Akhir Saksikan Tesla Cybertruck Di Malaysia, Kini Di One Utama

Tesla Cybertruck membuat kemunculan terakhirnya di negara kita di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

10-06-2024
EV
Tesla Cybertruck Akan Didedah 6 April Ini? Malaysia Pula Bila?

Tesla Cybertruck Akan Didedah 6 April Ini? Malaysia Pula Bila?

Tesla Thailand bakal menayangkan Cybertruck tidak lama lagi.

02-04-2024
Global
"Langsung Tak Sama!" – Khemah Tesla Cybertruck Lebih RM14K Ini Buat Pembeli Bengang

"Langsung Tak Sama!" – Khemah Tesla Cybertruck Lebih RM14K Ini Buat Pembeli Bengang

Sebaik menerima khemah yang ditempah, pembeli terkejut.

11-03-2024
EV
Radar RD6 Boleh Pecut Macam Tesla Cybertruck?

Radar RD6 Boleh Pecut Macam Tesla Cybertruck?

Geely bakal melancarkan trak pikap elektrik Radar RD6 tidak lama lagi.

19-02-2024
EV
Tesla Cybertruck Mula Dihantar 30 Nov Ini, Walaupun Banyak Isu?

Tesla Cybertruck Mula Dihantar 30 Nov Ini, Walaupun Banyak Isu?

Tesla akan memulakan penghantara Cybertruck, namun benarkah model ini ada banyak isu?

08-11-2023

Berita Terkini

EV
Ini Dia Motosikal Pertama Honda Versi Elektrik  WN7 – Naked Bike

Ini Dia Motosikal Pertama Honda Versi Elektrik WN7 – Naked Bike

Honda memperkenalkan Honda WN7, motosikal elektrik pertama mereka ke pasaran Eropah baru-baru ini.

21-09-2025
EV
Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!

Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!

Proton e.MAS 7 sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia bagi bulan Ogos 2025 memandangkan jumlah penghantaran telah mencecah sebanyak 5,811 unit dari 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

18-09-2025
EV
BYD Siar Video Yangwang U9 02,  Prototaip Supercar EV Ini Mampu Hambur Kuasa Hampir 3,000 HP!

BYD Siar Video Yangwang U9 02, Prototaip Supercar EV Ini Mampu Hambur Kuasa Hampir 3,000 HP!

Kereta elektrik supercar yang dikenali sebagai Yangwang U9 '02' didedahkan dalam satu video pendek.

18-09-2025
EV
Hanya 27 Kes Kebakaran Kereta EV, Hibrid Sejak Tahun 2023-2025

Hanya 27 Kes Kebakaran Kereta EV, Hibrid Sejak Tahun 2023-2025

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan sebanyak 27 kes kebakaran membabitkan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid direkodkan dari 2023 hingga Julai lepas.

10-09-2025
EV
Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV

Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV

Malaysia kini memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

10-09-2025
EV
Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.

08-09-2025
EV
BMW iX3 Generasi Kedua Diperkenalkan – Model Neue Klasse Pertama BMW, Sarat Ciri Futuristik

BMW iX3 Generasi Kedua Diperkenalkan – Model Neue Klasse Pertama BMW, Sarat Ciri Futuristik

BMW akhirnya mendedahkan model pertamanya yang dibangunkan berasaskan platform kenderaan elektrik (EV) baharu, Neue Klasse, dengan pengenalan model BMW iX3 generasi kedua.

08-09-2025
EV
Bilik Pameran iCaur Kedua Dibuka Di Petaling Jaya

Bilik Pameran iCaur Kedua Dibuka Di Petaling Jaya

iCaur Malaysia secara rasmi membuka bilik pameran keduanya, iCaur Playground, yang bertempat di lokasi strategik di Petaling Jaya, Selangor.

06-09-2025