- Berita
- Berita Auto
- Tular, Pemandu Axia Heret Nozel

Seorang pemandu Axia viral di TikTok selepas videonya tersebar gara-gara nozel minyak yang tersangkut pada tangki minyak.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila pemandu berkenaan singgah di sebuah stesen minyak untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan tanpa meletakkan semula nozel di pam minyak.
Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak didedahkan.

Menerusi klip video itu, pemandu Axia selamba memandu di jalan raya yang sehinggalah seorang penunggang motosikal menegurnya mengenai nozel minyak itu.
Situasi yang jarang-jarang berlaku itu sempat dirakam oleh seorang pemandu lain yang kebetulan berada di jalan berkenaan. Susulan perkongsian itu, orang ramai meninggalkan pelbagai komen.
“Orang pam stesen pun x perasaan, sampai ke jalan dia seret," kata seorang pengguna TikTok, Dola.
Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok berkata:
“Banyak benda difikirkan sehingga terlupa,” ujar Senya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/