Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Video Tular! Orang Ramai Buat Kecoh Sebab Hon

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Gara-gara membunyikan hon, seorang pemandu kereta diserbu orang ramai berhampiran Masjid Jamek Sungai Nibong Besar semalam.

Tindakan pemandu itu disifatkan tidak sabar dan tidak menghormati ketika jenazah mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, Allahyarham Muhammad Firdaus dibawa dengan penuh istiadat ke tanah perkuburan Islam berhampiran masjid.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kekecohan itu.

Laporan berkenaan dibuat seorang lelaki yang juga pemandu kereta di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, tengah malam tadi.

"Berhubung kejadian itu, polis sudah terima satu laporan daripada seorang lelaki yang juga pemandu kereta berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

"Cermin kereta pada bahagian pemandu pecah, namun pemandu kenderaan itu tidak cedera," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, insiden berkenaan berkenaan menjadi tular di media sosial menerusi beberapa klip video.

Difahamkan lebih 1,000 jemaah hadir ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503 TLDM itu.


Gallery

Tag:

TLDM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kapal KD Pendekar Tenggelam, Mujur Kesemua Kru Selamat

TLDM mengesahkan kapal miliknya iaitu Kapal Diraja (KD) PENDEKAR tenggelam sepenuhnya, semalam.

26-08-2024
Berita Auto

TLDM: JANGAN Tularkan Video Nahas Helikopter TLDM

Orang ramai diminta tidak menularkan video kejadian.

23-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026