Link Copiedcheck_circle
EV

ChargeSini Dedah Hasrat Majukan Sektor EV Negara dengan Sokongan Dana “National Fund-of-Funds"

Sofea Najmi

Kongsi melalui

chargesini-business-(11).jpg


Sejak ditubuhkan secara rasmi pada Oktober 2022, ChargeSini kini merupakan antara syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) terkemuka negara. Dalam tempoh hanya 18 bulan, syarikat ini telah menyediakan 700 titik pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh Malaysia, menjadikannya salah satu CPO paling pesat berkembang di Asia Tenggara


Perkembangan yang memberangsangkan ini membuktikan peranan penting syarikat sebagai pemacu dalam peralihan ke arah penggunaan EV dan pendukung pembangunan tenaga lestasi yang sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mencapai pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2050, seperti yang dinyatakan dalam  Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).


chargesini-business-(1).png


Sektor EV dan tenaga hijau penting untuk pertumbuhan ekonomi dan dalam matlamat kelestarian negara. Bagi merealisasikan aspirasi ini dan mempercepatkan penerimaan EV, ChargeSini memerlukan sokongan kerajaan Malaysia, terutamanya melalui inisiatif strategik seperti "National Fund-of-Funds."


chargesini-business-(9).jpgchargesini-business-(2).jpg


Dalam ucapannya semasa merasmikan Sidang Kemuncak KL20 2024 pada 22 April 2024 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Khazanah Nasional akan melancarkan "National Fund-of Funds" dengan peruntukan awal sebanyak RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat-syarikat Malaysia yang inovatif dan memiliki pertumbuhan yang tinggi.  


KL20 Summit 2024, yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia dan diterajui oleh Kementerian Ekonomi, menggariskan komitmen negara untuk mempromosikan inovasi jangka panjang dan keusahawanan dalam industri penting. Perkara tersebut selari dengan matlamat ChargeSini, yang mana dengan sokongan dan dana daripada kerajaan, organisasi ini dapat mempercepatkan pencapaian misinya untuk memperluaskan rangkaian stesen pengecas EV di seluruh negara. 


chargesini-business-(5).jpg


Selain itu, ChargeSini berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab EV terkemuka dan meluaskan pengaruhnya di seluruh Asia Tenggara. Stesen pengecas EV ChargeSini kini beroperasi di semua negeri di Malaysia dan akan dikembangkan di Indonesia tidak lama lagi. 


Perkembangan pesat ChargeSini sebagai peneraju dalam teknologi hijau dibantu oleh penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), analisis data besar dan ciri Super-App. 


chargesini-business-(8).jpgchargesini-business-(10).jpg


ChargeSini terkenal dengan teknologi berasaskan awannya yang telah dipatenkan yang terdiri daripada pangkalan data menyeluruh untuk memantau dan menganalisis parameter tenaga hijau.


Sistem yang dibangunkan ini digunakan untuk memantau tahap penurunan emisi gas karbon dioksida yang juga boleh ditafsirkan dalam bentuk jumlah pokok yang telah berjaya ditanam. Selain itu, sistem ini turut memantau transaksi kredit karbon dan pematuhan terhadap peraturan pasaran karbon.


chargesini-business-(1).jpegchargesini-business-(13).jpg


Menurut ChargeSini, data ini tidak hanya menunjukkan kesungguhan mereka terhadap matlamat kelestarian Malaysia, tetapi juga sejajar dengan standard kepimpinan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Pengasas dan Pengarah Urusan ChargeSini, James Goh berkata, “Infrastruktur kami yang kukuh adalah penting dalam usaha strategik kami untuk memajukan neutraliti karbon dan membina ekosistem tenaga lestari, yang menggerakkan kami ke hadapan sebagai peneraju dalam gerakan global menuju ke arah masa depan yang lebih hijau.”


chargesini-business-(3).jpg


Sokongan kewangan untuk syarikat seperti ChargeSini tidak hanya akan membantu mempercepatkan pertumbuhannya tetapi juga akan merangsang kemunculan perniagaan baharu, sekaligus merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sektor EV dan teknologi hijau di peringkat global. 

Tag:

ChargeSini
National Fund-of-Funds
Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO)
Pengecas EV Malaysia
Sokongan Kewangan CPO
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Pengecas Pantas EV ChargeSini Kini Di Mayang Mall, K.Terengganu – 60 kW, Dari RM1.39/kWj

ChargeSini telah melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Mayang Mall, Kuala Terengganu.

18-06-2025
EV

Cas EV Sementara Beli-Belah – ChargeSini Kini Di Bangi Gateway & Q Sentral

ChargeSini lancar stesen pengecasan di Q Sentral, Kuala Lumpur dan Bangi Gateway Mall, Selangor.

26-05-2025
EV

PRO-NET, ChargeSini & 3 CPO Lain Bekerjasama - Sedia Pengecas EV Di Kondo & Pangsapuri

Anak syarikat Proton, PRO-NET, mengumumkan kerjasama rasmi dengan empat operator pengecasan (CPO) utama, ChargeSini, Charge+, RExharge dan Charge N Go.

07-05-2025
EV

Penang Capai 50% Sasaran 600 EVCB Tahun Ini – DCFC ChargeSini Terbaru

Kerajaan negeri Pulau Pinang menyasarkan untuk menyediakan sehingga 600 petak pengecasan kenderaan elektrik (EVCB) menjelang akhir tahun ini.

14-03-2025
EV

ChargeSini Jadi Penyedia Pengecas EV Untuk KEB Properties

ChargeSini telah mengumumkan kerjasama strategik bersama KEB Properties Sdn Bhd, satu langkah penting dalam usaha mempercepatkan pembinaan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

31-10-2024
EV

Penduduk Subang Boleh Manfaatkan Pengecas DC ChargeSini di NU Empire – Dari RM1.39/kWj

ChargeSini bakal melancarkan stesen pengecas EV terbaru di pusat beli belah NU Empire,Subang Jaya.

29-09-2024
EV

Stesen Pengecas EV ChargeSini & MINI Malaysia di Four Seasons Place Diberi Nafas Baharu

ChargeSini bersama-sama dengan MINI Malaysia, telah melancarkan stesen pengecasan EV yang telah dinaiktaraf di The Shoppes, Four Seasons Place, Kuala Lumpur.

20-09-2024
EV

Charge+ Raih Dana AS$8 Juta, Sasar Perluas Stesen Pengecasan EV Rantau ASEAN

Charge+ telah berjaya menyelesaikan pusingan pembiayaan Siri A berjumlah AS$8 juta.

17-09-2024

Berita Terkini

EV

Lalamove Lancar Van Elektrik Baharu, Sesuai Untuk Kegunaan Bandar, Tapi Belum Masuk Malaysia

Lalamove mengorak setapak ke hadapan apabila mula menceburi bidang pembuatan kenderaan elektrik (EV) dengan melancarkan jenama sendiri, DuoLa Auto, baru-baru ini.

19-06-2025
EV

Dilancar: Nissan Leaf 2026, Badan Mantap, Bikin Geram, 214 HP, Sekali Cas Boleh Pergi Setakat 488KM

Selepas beberapa teaser dan pengumuman sebelum ini, Nissan Leaf generasi ketiga akhirnya dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.

19-06-2025
EV

Ini Dia Skuter Elektrik Harga Marhaen, Yadea GT20 Dijual Serendah RM4,998 Sahaja

Skuter elektrik yang cukup bergaya, Yadea GT20 sudah dilancarkan di Malaysia.

18-06-2025
EV

Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart

PRO-NET lancarkan pusat pengedaran baharu Proton e.MAS dan smart di Kota Kinabalu, IOI Putrajaya dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

18-06-2025
EV

Pengecas Pantas EV ChargeSini Kini Di Mayang Mall, K.Terengganu – 60 kW, Dari RM1.39/kWj

ChargeSini telah melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Mayang Mall, Kuala Terengganu.

18-06-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans

Nampaknya, jenama milik Stellantis ini memilih untuk menghidupkan semula salah satu nama model ikonik mereka.

17-06-2025
EV

Sah! Hyundai Bakal Lancar Hyundai Ioniq 6 N Pada Julai Ini

Hyundai akhirnya mengesahkan bahawa Hyundai Ioniq 6 N yang dinanti-nantikan selama ini akan dilancarkan secara rasminya pada Goodwood Festival of Speed.

16-06-2025