- Berita
- Global
- Chery Tiggo 8 Pro Max Raih ANCAP 5 Bintang!
-full.webp)
Chery Tiggo 8 Pro Max untuk pasaran Australia terima penarafan lima bintang dalam ujian pelanggaran ANCAP.
Chery Tiggo 8 Pro Max berjaya meraih penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP). SUV bersaiz sederhana keluaran syarikat automotif China ini menyertai model lain seperti Tiggo 7 Pro dan Omoda 5 yang telah berjaya mendapatkan skor penuh dalam penilaian keselamatan sama sebelum ini.
-full.webp)
Penarafan lima bintang yang diterima oleh Tiggo 8 Pro Max versi Australia diberikan untuk kesemua varian SUV tersebut. SUV tiga baris ini mencatatkan skor 88% dalam kategori perlindungan penumpang dewasa, 87% dalam kategori perlindungan penumpang kanak-kanak, 79% dalam kategori perlindungan pengguna jalan dan 86% dalam kategori sistem bantuan keselamatan.
-full.webp)
-full.webp)
Secara spesifik, Tiggo 8 Pro Max menerima 5.49 daripada 8 mata dalam ujian perlindungan penumpang dewasa, ujian sudut hadapan sepenuhnya mencatatkan 7.48 daripada 8 mata, ujian tiang miring (oblique pole test) menyaksikan Tiggo 8 Pro Max mengumpulkan 4.84 daripada 6 mata, dan perlindungan kesan hentakan (whiplash) mendapat 3.52 daripada 4 mata. Seterusnya, ujian impak sisi dan impak sisi jauh masing-masing mencatatkan mata penuh iaitu 6 dan 4 mata.
-full.webp)
Bagi perlindungan penumpang kanak-kanak, SUV ini menerima 15.70 daripada 16 mata untuk ujian dinamik hadapan dan 7.62 daripada 8 mata untuk ujian dinamik sisi. Pemasangan restraint memberikannya 11.43 daripada 12 mata dan ciri-ciri keselamatan dalam kenderaan pula menerima 8 daripada 13 mata.
Bagaimanapun, Tiggo 8 Pro Max tidak dilengkapi dengan cangkuk penambat atas (top tether anchor) untuk tempat duduk barisan ketiga yang menjadikannya tidak sesuai untuk meletakkan kerusi khas kanak-kanak.
-full.webp)
-full.webp)
Mengenai sistem bantuan keselamatan, Tiggo 8 Pro Max berjaya mendapat satu mata penuh untuk peringatan tali pinggang, 1.65 daripada 2 mata untuk pemantauan pemandu dan 2.45 daripada 3 mata untuk sistem bantuan kelajuan. Ini diikuti dengan ujian berkaitan AEB, di mana SUV ini mendapat 3.60 daripada 4 mata untuk AEB kereta ke kereta, 3.08 daripada 4 mata untuk AEB simpang dan lintasan, 0.75 daripada 1 mata untuk AEB berdepan (head-on) dan 3 mata penuh untuk sistem sokongan lorong.


Chery Tiggo 8 Pro versi CKD untuk pasaran Malaysia.
Di Malaysia, Chery Tiggo 8 Pro yang dikeluarkan dari kilang CKD di Inokom Kulim telah berada di pasaran selama hampir setahun. Berbeza dengan Tiggo 8 Pro Max untuk pasaran Australia, Tiggo 8 Pro yang dijual di Malaysia hadir dalam versi pacuan roda hadapan (FWD) dan bukannya empat roda (AWD), ciri lain seperti penggunaan enjin petrol turbo 2.0 liter 4 silinder adalah sama.

Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv