Link Copiedcheck_circle
Global

Imej Chery Tiggo 8 Generasi Terbaru Didedahkan Di China – Ada 2 'Wajah' Berbeza?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-Chery-Tiggo8-NextGen.jpg


Chery akhirnya mendedahkan imej rasmi Tiggo 8 generasi kedua di China. SUV bersaiz sederhana ini tampil dengan ukuran yang lebih gah dan dua rekaan sudut hadapan berbeza. Versi terbaru ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi di pasaran domestiknya dalam suku keempat tahun ini. 


Chery-Tiggo-8-NextGen-China-3.jpg


Sudut depan Tiggo 8 baharu kelihatan sama seperti Tiggo 8 PHEV CSH.


Rekaan hadapan pertama mirip Tiggo 8 PHEV CSH yang diperkenalkan sebelum ini, dengan gril poligon bermotifkan berlian yang lebih kemas dan moden. Lampu depan LED baharu disempurnakan oleh lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk L, menyamai model BMW i4 facelift.


Chery-Tiggo-8-NextGen-China-6.jpg


Rekaan kedua bahagian depan Chery Tiggo 8 terbaru.

 

Rekaan hadapan kedua pula mengambil inspirasi daripada Lepas L8, dengan lampu LED dual-stack yang disertai DRL matriks yang runcing di bahagian atas. Gril hadapan yang berbentuk poligon hadir dengan motif silang.


Chery-Tiggo-8-NextGen-China-2.jpg


Kedua-dua versi memiliki rekaan sisi yang sama seperti garis bahu melengkung, pemegang pintu semi-flush dan rim aloi jejari berganda terbaru. Berbeza dengan model terdahulu, panel hadapan tiada lagi kemasan ala Land Rover, memberikan rupa lebih kemas dan elegan.


Chery-Tiggo-8-NextGen-China-5.jpg


Bahagian belakang pula tampil dengan bar lampu LED yang halus through-type yang diinspirasikan oleh Porsche Cayenne. Bampar belakang kelihatan menonjol dengan dua paip ekzos. Selain itu, sudut ini juga kelihatan lebih moden dengan tulisan "Chery" menggantikan logo biasa. 


Chery mengesahkan Tiggo 8 generasi kedua mempunyai panjang 4,749 mm, lebar 1,880 mm dan tinggi 1,710 mm dengan jarak roda 2,825 mm. Berbanding model terdahulu, ia 27 mm lebih panjang, 20 mm  lebih lebar dan 35 mm lebih pendek. Sementara itu, jarak roda pula bertambah sebanyak 115 mm menjanjikan ruang kabin lebih luas.


Chery-Tiggo-8-NextGen-China-1.jpg


Walaupun rekaan dalaman belum didedahkan, portal automotif CarNewsChina melaporkan model ini akan mula ditawarkan dalam konfigurasi dua baris tempat duduk lima penumpang selain susunan tiga baris untuk tujuh penumpang. 


Chery masih belum mendedahkan pilihan enjin yang akan ditawarkan namun model sedia ada hadir dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan varian hibrid plug-in (PHEV). Model generasi kedua ini dijangka akan menerima penambahbaikan dari segi prestasi. 


Chery-Tiggo-8-NextGen-China-4.jpg


Seperti yang telah dinyatakan, Chery Tiggo 8 generasi kedua yang serba baharu ini dijangka akan membuat kemunculan rasmi pada suku keempat tahun ini. Dengan kehadiran model Chery Tiggo 8 PHEV CSH di pasaran tempatan dalam masa beberapa hari sahaja lagi, mungkinkah model yang didedahkan ini akan tiba di Malaysia seawal tahun depan?

Tag:

Chery
Chery Tiggo
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8 Generasi Kedua
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.

13-01-2026
Berita Auto
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.

26-12-2025
Global
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.

04-12-2025
Global
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Berita Auto
Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.

23-10-2025
Kereta Baru
Jenama "Lepas" Pula  Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.

21-10-2025
Global
Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.

21-10-2025
Global
Omoda 4 Ultra Dipertontonkan – Model Omoda | Jaecoo Paling Sporty Setakat Ini?

Omoda 4 Ultra Dipertontonkan – Model Omoda | Jaecoo Paling Sporty Setakat Ini?

Omoda 4 Ultra telah membuat penampilan sulungnya di peringkat global semasa acara automotif besar-besaran Omoda & Jaecoo International User Summit 2025.

21-10-2025

Berita Terkini

Global
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global
Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026