- Berita
- Global
- Honda Freed, Maaf Belum Masuk M'sia

Pada awal minggu lalu, pengeluar kereta Jepun, Honda melancarkan model MPV Freed generasi ketiga di tanah airnya.
MPV yang menawarkan tiga barisan tempat duduk itu dilihat menampilkan rupa baharu iaitu jeni segi empat sama.
Kebanyakan bahagiannya diilhamkan oleh Step WGN MPB, dan ia turut hadir dengan pilihan rangkaian kuasa hibrid e:HEV.


Bagaimanapun, penggayaannya dilihat lebih mesra berbanding model generasi keduanya.
Honda menawarkan dua pilihan utama iaitu Freed Crosstar dan Freed Air.

Bagi varian Freed Air, profilnya agak mendatar manakala bahagian depan dan belakangnya agak kemas.
Apa yang penting, bahagian luarannya nyata tidak diilhamkan oleh SUV.
Jadi , bagi mereka yang mahukan b elemen seperti SUV, Honda menawarkan Freed generasi ketiga ini dengan penggayaan yang lebih lasak seperti Perodua Axia Style.

Sebaliknya, jika dipandang di bahagian sisinya, ia saling tidak tumpah seperti Perodua Axia Style.
Dari segi dimensinya, Freed generasi ketiga baharu ini mempunyai panjang 4,310 mm dengan jarak roda 2,740 mm.
Ia dikatakan selebar 1,695 MM dan setinggi 1,755 mm. Berbanding dengan pendahulunya, pengganti gen ketiga ini duduk 45 mm lebih panjang namun masih mengekalkan jarak roda yang sama.
Ini juga meletakkan Freed di antara Jazz dan Vezel.
Menjengah bahagian dalamannya, ia boleh memuatkan enam orang manakala kerusi terakhir boleh direbahkan.


Crosstar gaya SUV ini dilihat menyaksikan susun atur tempat duduk dua baris yang lebih konvensional yang mengutamakan ruang but.
Tanpa mengira varian, kesemua tempat duduk dan kabinnya menawarkan salutan kalis calar.
Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia menawarkan trenkuasa hibrid dan dilengkapi dengan enjin 1.5 liter serta motor berkembar

Pengguna juga boleh mendapatkan pacuan dua roda atau empat roda.
Apapun, ia bakal dipasarkan di Jepun pada bulan depan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

