Link Copiedcheck_circle
Global

Honda Freed, Maaf Belum Masuk M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pada awal minggu lalu, pengeluar kereta Jepun,  Honda melancarkan model MPV Freed generasi ketiga di tanah airnya.

 MPV yang menawarkan tiga barisan tempat duduk itu dilihat menampilkan rupa baharu iaitu jeni segi empat sama.

Kebanyakan bahagiannya diilhamkan oleh Step WGN MPB, dan ia turut hadir dengan pilihan rangkaian kuasa hibrid e:HEV.

image.pngimage.png

Bagaimanapun, penggayaannya dilihat lebih mesra berbanding model generasi keduanya.

Honda menawarkan dua pilihan utama iaitu Freed Crosstar dan Freed Air.

image.png

Bagi varian Freed Air, profilnya agak mendatar manakala bahagian depan dan belakangnya agak kemas.

Apa yang penting, bahagian luarannya nyata tidak diilhamkan oleh SUV.

Jadi , bagi mereka yang mahukan b elemen seperti SUV, Honda menawarkan Freed generasi ketiga ini dengan penggayaan yang lebih lasak seperti Perodua Axia Style. 

image.png

Sebaliknya, jika dipandang di bahagian sisinya, ia saling tidak tumpah seperti  Perodua Axia Style.

Dari segi dimensinya, Freed generasi ketiga baharu ini mempunyai panjang 4,310 mm dengan jarak roda 2,740 mm. 

Ia dikatakan selebar 1,695 MM dan setinggi 1,755 mm. Berbanding dengan pendahulunya, pengganti gen ketiga ini duduk 45 mm lebih panjang namun masih mengekalkan jarak roda yang sama. 

Ini juga meletakkan Freed di antara Jazz dan Vezel.

Menjengah bahagian dalamannya, ia boleh memuatkan enam orang manakala kerusi terakhir boleh direbahkan.

image.pngimage.png

Crosstar gaya SUV ini dilihat menyaksikan susun atur tempat duduk dua baris yang lebih konvensional yang mengutamakan ruang but.

Tanpa mengira varian, kesemua tempat duduk dan kabinnya menawarkan salutan kalis calar.

Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia menawarkan trenkuasa hibrid dan dilengkapi dengan enjin 1.5 liter serta motor berkembar 

image.png

Pengguna juga boleh mendapatkan pacuan dua roda atau empat roda.

Apapun, ia bakal dipasarkan di Jepun pada bulan depan.


Gallery

Tag:

Honda
Honda Freed
2024 Honda Freed Air
2024 Honda Freed Crosstar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.

31-12-2025
Berita Auto

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025
EV

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan

Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.

21-05-2025
Berita Auto

Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion

19-05-2025
Global

GAC Honda P7 Diperkenalkan Di China – Dari RM130K

Syarikat usaha sama automotif China, GAC Honda secara rasmi telah melancarkan SUV elektrik terbarunya, P7, untuk pasaran China dengan harga bermula dari RM130,400.

17-04-2025

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026