Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kenderaan Asing WAJIB Ada VEP

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bermula 1 Oktober ini, Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura akan dikuatkuasakan sepenuhnya.

Langkah itu diambil bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya di negara ini.

image.png


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pendaftaran VEP  dilaksana sejak 2019 tetapi tidak dikuatkuasakan.

Sebaliknya selepas 1 Oktober nanti, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

image.png

Mereka yang disabit kesalahan boleh dikenakan kompaun atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan seperti ketetapan Seksyen 119(2) di bawah Akta 333.

"Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai kuasa untuk melarang mana-mana kenderaan asing yang tidak mempunyai VEP untuk masuk ke Malaysia.

"(Penguatkuasaan VEP) membolehkan kita mengesan kenderaan asing yang masuk dan keluar dari Malaysia serta jika ada saman (mereka) perlu selesaikan sebelum mereka keluar,” katanya.

Berdasarkan rekod semasa, hanya terdapat sekitar 70,000 kenderaan pendaftaran Singapura yang berdaftar dan mengaktifkan tag VEP berbanding lebih 200,000 kenderaan yang telah berdaftar namun masih belum melengkapkan proses memasang serta mengaktifkan tag VEP masing-masing.

image.png

Sehubungan itu, beliau meminta pemilik kenderaan asing menggunakan tempoh masa yang ada untuk memperbaharu VEP yang akan tamat tempoh atau melengkapkan pendaftaran bagi mendapatkan permit.

"MOT berharap agar pemilik kenderaan asing segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag Radio Frequency Identification (RFID) VEP untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa masuk dan keluar dari Malaysia,

Dikhabarkan, proses pendaftaran VEP kini telah dipermudah dengan tag RFID VEP itu akan dihantar kepada pemilik kenderaan asing di alamat masing-masing.

Tag RFID VEP dihantar ke alamat dan mereka (pemilik kenderaan asing) boleh pasang sendiri," tambahnya.

Gallery

Tag:

VEP
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

05-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026