- Berita
- Global
- Kit Badan Mugen Honda Civic Type R – Lebih Agresif & Aerodinamik!

Honda Civic Type R FL5 berubah menjadi 'gergasi agresif' JDM dengan kit badan Mugen yang terbaru.
Penala terkemuka dan rasmi Honda, Mugen mendedahkan kit badan agresif dan aerodinamik yang dihasilkan khas untuk Honda Civic Type R FL5. Diperkenalkan sebagai Civic Type R Mugen Group A di Tokyo Auto Salon 2024 awal tahun ini, kit badan ini dijangka akan menembusi pasaran Jepun tidak lama lagi.

Mugen FL5 diberikan pelbagai elemen agresif, yang paling ketara ialah spoiler belakang yang lebih besar dan sporty berbanding model standard.
Mugen FL5 tampil berbeza dengan pelbagai komponan visual dan aerodinamik baharu seperti spoiler belakang yang lebih besar diperbuat daripada gentian karbon. Spoiler ini dijual pada harga JPY 308,000 (~RM9,391).
Aura agresif yang sama turut jelas terlihat di sudut hadapan kereta terdapat spoiler bawah bampar belakang yang boleh dipilih untuk diberikan kemasan warna hitam Berlina Black, sepadan dengan bahagian aerodinamik lain.
Ciri aerodinamik di bahagian sisi turut tidak diabaikan, di sini Mugen FL5 diberikan skirt sisi yang menyempurnakan sambungan dengan diffuser belakang dan juga lower lip di bahagian hadapan. Secara keseluruhan, Mugen memaklumkan bahawa kit aerodinamik ini akan memberikan daya ke bawah (downforce) yang 25% lebih tinggi daripada model standard.

Selain kit aerodinamik, Mugen FL5 juga didatangkan dengan rim aluminium berukuran 19 inci yang dibangunkan bersama BBS. Rim dengan kod nama BBS FR10 ini ditawarkan di pasaran pada harga JPY 176,000 (~RM5,366) setiap satu dan boleh ditempah bersama dengan nat perlumbaan dan nat kunci yang baharu.


Sentuhan Mugen diteruskan di ruangan kabin FL5 Type R, yang mana pelanggan boleh membuat pesanan beberapa bahagian untuk peningkatan kosmetik dan juga prestasi. Antara yang menarik ialah konsol tengah gentian karbon, tombol gear Alcantara, serta tempat duduk bucket dalam balutan gentian karbon Recaro yang berharga JPY 297,000 (RM9,055) sepasang.

Selain ini semua, Mugen dilaporkan sedang berusaha untuk menghasilkan sebuah stereng karbon yang khas dan reka bentuk lampu belakang baharu untuk FL5, kedua-duanya akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Di samping itu, Mugen juga sedang membangunkan beberapa bahagian mekanikal seperti sistem ekzos dan juga penyerap hentak (damper) baharu untuk sistem suspensinya bersama-sama Yamaha, yang boleh membantu meningkatkan prestasi FL5. Usaha ini bagaimanapun tidak membabitkan perubahan terhadap enjin turbo 4 silinder 2.0 liter K20C1 yang digunakan.
Buat masa ini, kit badan istimewa daripada Mugen untuk Honda Civic Type R FL5 ini hanya ditawarkan untuk pasaran Jepun, jualan dijangka akan bermula pada akhir September tahun ini.
Kita boleh mengharapkan ketersediaan kit badan sporty ini di pasaran antarabangsa lain sebaik semua bahagian telah dilancarkan di Jepun.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv