- Berita
- Global
- BMW M5 Touring Tampil Agresif Dengan M Performance Parts

Jentera 'menggerunkan,' BMW M5 Touring generasi terbaru, kini tampil lebih agresif dengan kit sporty, M Performance Parts.
Transformasi Kepada Rekaan Lebih Agresif
Pemilik M5 Touring kini boleh memberikan sentuhan lebih eksklusif kepada jentera masing-masing dengan penambahan pelbagai elemen sporty yang termasuk splitter hadapan dan diffuser belakang yang diperbuat sepenuhnya daripada gentian karbon. Komponen ini yang direka terpisah atau split design memberikan rupa yang lebih lebar dan agresif pada bahagian hadapan dan belakang.


Menambahkan lagi gaya garang model ini ialah pelapik ambang sisi dengan elemen karbon. Ini disempurnakan lagi dengan pelekat sisi tambahan M Performance Parts dan perumah cermin sisi daripada gentian karbon yang dipasang terus dari kilang. Turut ditawarkan ialah antena ringan yang diperbuat daripada aramid.


Bagaimanapun, bumbung yang diperbuat daripada gentian karbon tidak ditawarkan untuk M5 Touring. Ciri penting ini sepatutnya ditawarkan bagi mengurangkan berat keseluruhan wagon ini yang dikatakan 63 kg lebih tinggi berbanding kembar sedannya.
Sentuhan M di Bahagian Dalam
Walaupun BMW tidak mendedahkan foto sentuhan M Performance Parts yang diberikan di ruang kabin, firma tersebut memaklumkan bahawa antara ciri istimewa untuk versi sporty ini adalah termasuk pelapik kaki dengan jahitan kontra, key fob eksklusif M Performance dalam balutan Alcantara dan gentian karbon, serta beg tayar khas dengan pemegang.
Harga Jualan


Setakat ini, BMW belum mengumumkan harga bagi setiap komponen M Performance Parts. Namun, untuk pembeli yang mampu memiliki M5 Touring yang dijual pada harga mencecah $121,500 (~RM538,488), caj yang akan dikenakan untuk penambahan komponen sporty ini mungkin bukanlah satu masalah.

Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

