- Berita
- Berita Auto
- "Malaysia Penting Kepada Shell, Kami Kekal Komited!" – Shell Malaysia
"Malaysia Penting Kepada Shell, Kami Kekal Komited!" – Shell Malaysia
-full.jpg)
Syarikat minyak dan gas terkemuka antarabangsa, Shell, menegaskan kesetiaannya terhadap perniagaan mobiliti di Malaysia, menyatakan kepentingan strategik negara ini dalam perniagaannya.
Shell mengeluarkan kenyataan ringkas tersebut sebagai respons terhadap berita mengenai kemungkinan penjualan perniagaan stesen minyaknya kepada syarikat minyak milik kerajaan Arab Saudi, Saudi Aramco.
Rundingan tersebut dilaporkan bermula pada akhir 2023, dan perjanjian mungkin akan dimuktamadkan dalam beberapa bulan akan datang.
-full.jpg)
-full.jpg)
Adakah stesen-stesen Shell di Malaysia (kiri) akan berubah wajah kepada stesen Aramco (kanan) selepas ini?
Memetik empat sumber industri yang dipercayai, Berita Harian melaporkan bahawa nilai perjanjian urus niaga ini mungkin mencapai AS$1 bilion (RM4.7 bilion).
Sumber yang sama turut memperincikan potensi nilai urus niaga ini di Malaysia, yang dianggarkan antara RM4 bilion hingga RM5 bilion (AS$844 juta hingga AS$1.06 bilion).
Shell, yang beribu pejabat di London, mempunyai rangkaian stesen minyak kedua terbesar di Malaysia, dengan lebih kurang 950 stesen di seluruh rantau Asia Tenggara.
-full.jpg)

Shell menawarkan pelbagai jenis produk berkaitan dengan kenderaan.
Selain petrol, diesel dan produk lain seperti pelincir dan pembersih kereta, Shell di Malaysia juga terlibat dalam usaha penyediaan pengecas kenderaan elektrik (EV) di bawah jenama Shell Recharge.
Sumber: Berita Harian
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

