- Berita
- Gaya Hidup
- Shell Malaysia Tawar Koleksi RC Star Wars! Dari RM49, Terhad!
Shell Malaysia Tawar Koleksi RC Star Wars! Dari RM49, Terhad!
Shell Malaysia hari ini telah melancarkan koleksi kereta kawalan jauh (RC) eksklusif, Star Wars Racers, dengan kerjasama The Walt Disney Company Southeast Asia.
RC yang ditawarkan kali ini merupakan yang pertama seumpamanya di dunia yang diinspirasikan daripada watak Star Wars dan menggabungkan inovasi Shell V-Power. Tahun lalu, Shell Malaysia telah melancarkan Shell Motorsports yang menerima sambutan hangat dalam kalangan ramai peminat sukan permotoran dan RC.
Koleksi edisi terhad yang ditawarkan kali ini diinspirasikan daripada watak-watak utama di dalam filem Star Wars iaitu:
#1 Darth Vader™ Racer
Diinspirasikan daripada watak kegemaran ramai peminat Star Wars, jeriji kereta ini menyerupai topeng Vader dan dilengkapi dengan lampu belakang LED yang menyerupai matanya.
#2 Stormtrooper™ Racer
Diilhamkan daripada “Imperial Army” dengan imej yang minimalis.
#3 Darth Maul™ Racer
Diberikan warna merah metalik seperti ciri ikonik watak asalnya, ia turut dilengkapi dengan bumbung inspirasi daripada tanduk Maul yang membuatkannya kelihatan agresif.
#4 The Mandalorian™ Racer
RC ini diberikan warna perak kusam (matte) yang diinspirasikan daripada Din Djarin dan perisai beskarnya. Terdapat signet The Mandalorian™ pada lingkungan roda bahagian belakang.
#5 Boba Fett™ Racer
Kesan kemek pada topi keledar Boba Fett™ dan ciri “targeting rangefinder” ditampilkan dalam reka bentuk kereta yang berwarna hijau kusam ini.
#6 BB-8™ Racer
RC ke-6 dan yang terakhir dalam koleksi ini, tampil dengan ciri futuristik dalam cat jingga dan putih yang menyerlah.
Koleksi terbaru masih lagi mengekalkan ciri RC sebelum ini iaitu penggunaan sistem Bluetooth dan bateri pintar. RC ini boleh dikawal menggunakan aplikasi Shell Racing App yang boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play.
Pengurus Besar Mobiliti Malaysia Shell, Seow Lee Ming berkata, “Sambutan terhadap koleksi edisi terhad tahunan kami sememangnya hangat. Kami tahu filem Star Wars popular dalam kalangan peminat pelbagai peringkat umur.”
HARGA JUALAN KOLEKSI STAR WARS RACER
Koleksi edisi terhad ini hanya ditawarkan dari 6 Oktober hingga 19 November dengan harga RM49.90 untuk kesemua RC (kecuali Darth Vader), dengan pembelian bahan api minimum RM50 dalam satu resit untuk Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing.
Sementara itu, RC Darth Vader Racer pula boleh didapati secara percuma dengan pembelian Shell Helix Ultra/Power 4L.
Anda juga boleh mendapatkan koleksi yang lengkap pada harga RM89.90 dengan pembelian Shell V-Power Racing RM80 dalam satu resit.
Gallery

















Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv