Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MAS 2024: Jetour Dashing & X70 Plus Dipertontonkan – Pelancaran Suku Ke-3 2024

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-Jetour-Dashing-MAS2024-4.jpgCaricarz-MBA-Jetour-X70Plus-MAS2024-3.jpg


Syarikat automotif China, Jetour, membuat penampilan tempatan pertamanya dengan memperkenalkan model SUV crossover Jetour Dashing dan X70 Plus di Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang berlangsung bermula 22 hingga 26 Mei ini. Sub-jenama Chery ini tiba di bawah nama Jetour Automobile Malaysia, sebuah entiti berasingan daripada Chery Auto Malaysia.


JETOUR DASHING


Caricarz-MBA-Jetour-Dashing-MAS2024-1.jpgCaricarz-MBA-Jetour-Dashing-MAS2024-15.jpg


SUV crossover segmen C, Jetour Dashing, berdiri sebagai model yang lebih sporty dan kecil berbanding X70 Plus. Model lima tempat duduk ini memiliki kepanjangan 4,590 mm, kelebaran 1,900 mm, ketinggian 1,685 mm dan jarak roda 2,720 mm. 


Caricarz-MBA-Jetour-Dashing-MAS2024-13.jpgCaricarz-MBA-Jetour-Dashing-MAS2024-12.jpgCaricarz-MBA-Jetour-Dashing-MAS2024-6.jpgCaricarz-MBA-Jetour-Dashing-MAS2024-17.jpg


Di bahagian dalamnya, Dashing dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan moden yang memberikan keselesaan optimum kepada semua penumpang dan membangkitkan aura premium. Antara yang menarik ialah penggunaan balutan kulit untuk tempat duduk, tempat duduk pemanduboleh dilaraskan secara automatik, pad pengecas tanpa wayar 50 W dan dua skrin berukuran 10.25 inci untuk paparan instrumen dan infotainmen yang menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. 


Caricarz-MBA-Jetour-Dashing-MAS2024-2.jpg


Untuk pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti Malaysia, Dashing hanya ditawarkan dalam versi ICE yang menggunakan enjin petrol turbo 1.5 liter 4-silinder. Enjin ini menghamburkan kuasa sebanyak 156 hp dan 230 Nm yang disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi DCT 6-kelajuan. 


JETOUR X70 PLUS


Caricarz-MBA-Jetour-X70Plus-MAS2024-1.jpg


Model seterusnya yang diperkenalkan ialah X70 Plus yang tampil sebagai tawaran yang lebih praktikal. SUV bersaiz sederhana yang dipamerkan di sini ialah dalam konfigurasi tujuh tempat duduk. Dari segi rekaan, X70 Plus kelihatan lebih menjurus ke arah bentuk kotak berbanding model lebih sporty, Dashing dengan panjang 4,749 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,720 mm dan jarak roda 2,745 mm.


Caricarz-MBA-Jetour-X70Plus-MAS2024-6.jpgCaricarz-MBA-Jetour-X70Plus-MAS2024-4.jpgCaricarz-MBA-Jetour-X70Plus-MAS2024-17.jpgCaricarz-MBA-Jetour-X70Plus-MAS2024-16.jpg


Berbeza dengan versi spesifikasi antarabangsa yang ditunjukkan dalam laporan kami sebelum ini, model yang dipamerkan di MAS 2024 ini diberikan kemasan yang lebih menarik. Gril hadapannya diberikan rekaan semula, penggunaan aksen merah pada pelbagai sudut, ekzos quad di bahagian belakang dan rim hitam bersaiz 19 inci.


Caricarz-MBA-Jetour-X70Plus-MAS2024-8.jpgCaricarz-MBA-Jetour-X70Plus-MAS2024-11.jpgCaricarz-MBA-Jetour-X70Plus-MAS2024-14.jpgCaricarz-MBA-Jetour-X70Plus-MAS2024-7.jpg


Mengenai kabinnya, X70 Plus spesifikasi Malaysia diberikan rekaan kabin dan senarai kelengkapan hampir serupa dengan Dashing. Antara yang  menarik ialah  paparan dua skrin 10.25 inci, pad pengecas tanpa wayar, tempat duduk pemandu boleh laras secara automatik enam hala dan banyak lagi. Ciri menarik lain ialah bumbung suria  panoramik, tempat duduk dengan fungsi ingatan dan banyak lagi.


Dari segi enjin, X70 Plus spesifikasi Malaysia dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.5 liter 4-silinder yang sama yang digunakan pada Dashing dengan output 156 hp dan 230 Nm, kuasa dihantar kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi automatik DCT 6-kelajuan.


Caricarz-MBA-Jetour-Dashing-MAS2024-5.jpgCaricarz-MBA-Jetour-X70Plus-MAS2024-5.jpg


Kedua-dua model, Jetour Dashing dan X70 Plus akan dilancarkan pada separuh kedua tahun 2024, dengan anggaran terdekat pada sekitar suku ketiga tahun ini. Unit terawal bakal tiba dalam versi import sepenuhnya (CBU) dari China, dengan rancangan pemasangan tempatan secara separa (SKD) dan sepenuhnya (CKD) dijangka akan menyusul dalam masa terdekat.


Selain X70 Plus dan Dashing, Jetour Malaysia juga merancang untuk memperkenalkan jentera ‘gagah’ Jetour T2 ke pasaran kita. Juga dikenali sebagai Jetour Traveller di pasaran asalnya, T2 ialah SUV bersaiz sederhana dengan kemampuan off-road yang bakal  tiba di Malaysia dalam suku pertama tahun 2025, dengan versi hibrid plug-in semi-elektrik (PHEV) dijadualkan akan menyusul kemudian.

Caricarz-MBA-JetourMalaysia-MAS2024-7.jpg

Tag:

Jetour Dashing
Jetour X70 Plus
Malaysia Autoshow 2024
MAS 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jenama Jetour Laku Keras, Terima Lebih 2,000 Tempahan, 1,000 Unit Sudah Diserah Kepada Pelanggan

Jetour Malaysia terus mengekalkan momentum yang cukup positif kerana sudah menerima kira-kira 2,000 tempahan setakat ini.

26-08-2025
EV

MAS 2025: Jetour eVT5 EV Didedah, SUV B-Segmen, Jarak Gerak Hingga 356km

Adakah model ini bakal menjadi EV yang ditawarkan pada harga bawah RM100,000 di negara kita?

10-05-2025
Kereta Baru

Jetour Dashing Masuk Malaysia, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM119,800, Enjin 1.5L Turbo

JETOUR Malaysia melancarkan secara rasminya Jetour, Dashing, ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

09-04-2025
Kereta Baru

Jetour Dashing Dah Masuk M'sia, Bakal Dilancar Pada Minggu Depan

JETOUR Auto Malaysia mengumumkan ketibaan penghantaran pertama model, JETOUR Dashing, di Pelabuhan Klang, Selangor, baru-baru ini.

02-04-2025
Berita Auto

Jetour Mahu Buka 20 Outlet Di M'sia, Jetour Dashing Bakal Dilancar!

Jetour Malaysia merancang untuk membuka sekurang-kurangnya 10 pusat 3S dan 4S di seluruh Malaysia pada suku pertama tahun ini.

08-01-2025
Berita Auto

MAS 2024: Jenama China, Jetour, Bakal Masuk M'sia, Pertonton 2 SUV, X70 Plus & Dashing Minggu Depan

atu lagi jenama automotif China bakal menembusi pasaran Malaysia tidak lama lagi, kali ini, sub-jenama Chery, Jetour.

16-05-2024
Kereta Baru

Jetour X70 Plus Tukar Nama Kepada Jetour VT9, Ini Sebabnya...

Nama rasmi untuk model baharu Jetour yang sebelum ini dikenali sebagai X70 Plus telah pun disahkan, ia kini dikenali sebagai Jetour VT9.

17-04-2025
Berita Auto

MAS 2024: Jenama China, Jetour, Bakal Masuk M'sia, Pertonton 2 SUV, X70 Plus & Dashing Minggu Depan

atu lagi jenama automotif China bakal menembusi pasaran Malaysia tidak lama lagi, kali ini, sub-jenama Chery, Jetour.

16-05-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025