Link Copiedcheck_circle
EV

M'sia Miliki Pengupaya Dasar Untuk Hasilkan Cip

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cukup yakin apabila menyifatkan Malaysia mampu menjadi hab utama bagi pembekalan cip kuasa untuk kenderaan elektrik (EV).

Bagaimanapun, beliau menyedari bahawa untuk mencapai sempadan teknologi cip bukanlah mudah dan tidak juga murah.

“Pengeluar cip terkemuka dunia, TSMC di Taiwan mempunyai bajet perbelanjaan modal sebanyak AS$28 hingga AS$32 bilion untuk 2024,” katanya.

image.png

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, cip kuasa adalah kunci dalam teknologi peralihan tenaga dan penyahkarbonan.

“Melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), kami sudah mempunyai pemboleh dasar dan insentif yang betul untuk syarikat yang ingin mengeluarkannya di sini,” katanya.

Untuk itu, kerajaan menyasarkan untuk mempunyai 40 peratus campuran tenaga utama Malaysia daripada sumber boleh diperbaharui menjelang 2035.

“Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 10 juta tan setiap tahun dan mencapai 100 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050," tambahnya.


Gallery

Tag:

cip ev
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026