Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Niat Murni Pengusaha Kereta Terpakai Dipuji!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara tular di media sosial disebabkan menggendong anak motosikal dengan memakai alat pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) untuk ke dibawa ke hospital, keluarga ini menerima sebuah Proton Persona secara percuma.

Sejak kisah empat beranak ini viral, kepayahan keluarga itu turut  mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaharu,  seorang pengusaha kereta terpakai, Haji Din Auto di Jalan Langgar, Alor Setar yang bersimpati dengan nasib mereka turut menhadiahkan sebuah kereta Persona.

Bagaimanapun, bapa kanak-kanak itu, Azlan Ishak, 35 mengakui dia ada mengunjungi kedai kereta terpakai itu milik pengusaha terbabit untuk  membeli kereta bagi memudahkannya untuk membawa anaknya ke hospital.

"Saya memang berkenan kereta Proton Persona hijau di kedai itu dan hanya membawa wang tunai RM3,000 untuk membeli kereta di situ.

"Apabila ditanya kepada pengusaha kedai kereta itu, dia tanya sama ada saya minat dengan Proton Persona itu. Saya kata memang minat dan saya terkejut apabila dia menghadiahkan kereta itu demi  (Mohd Aariz- anaknya) " katanya.

image.png

Sejak kisahnya viral, dia menerima pelbagai bantuan dan turut berterima kepada seluruh rakyat Malaysia yang membantu menghulurkan sumbangan sehingga kini mencecah lebih RM100,000.

Sementara itu, pengusaha kedai kereta terpakai itu, Daniel Firdaus mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakan niat murninya itu.

“Terima kasih semua yang wish, minta tak banyak sedekahkan al-fatihah kepada arwah haji din yang telah pergi 23.4.2024. Abg aji hanya meneruskan amalan yang dibuat beliau, semoga roh haji di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman amin..alfatihah (dibaca),” balasnya di ruangan komen milik Facebooknya.


Gallery

Tag:

Proton Persona
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton Catat Jualan Kukuh Suku Ketiga Sebab Proton X50 Laku Keras

Jualan Proton kukuh pada suku ketiga tahun ini apabila sebanyak 13,395 unit (domestik + eksport) unit terjual pada September lepas.

03-10-2025
Berita Auto

Beli Proton Waja, Persona Untuk Seludup Petrol, Diesel

Segelintir pihak sanggup membeli kereta terpakai terutama Proton Waja dan Proton Persona bagi memudahkan mereka mendalangi kegiatan penyeludupan petrol dan diesel.

03-10-2025
Berita Auto

Kempen Servis Ihsan Madani Diperkenal Demi Ringankan Kos Pemilik Model PIES

Kempen Servis Ihsan MADANI boleh didapati di semua pusat servis sah PROTON di seluruh negara dari 11 September hingga 11 November 2025.

11-09-2025
Berita Auto

Proton X70 Kembali Duduk Tempat Teratas Dalam Jualan SUV, Jenama Proton No 2 Paling Popular

PROTON mencatatkan jualan sebanyak 12,194unit (domestik dan eksport) pada bulan November lalu.

09-12-2024
Berita Auto

Dari Saga Ke S70: Proton Juarai Jualan Sedan Di M'sia

Proton kekal sebagai jenama terlaris bagi kereta sedan di Malaysia apabila sebanyak 3.85 juta unit terjual sejak pelancaran Proton Saga pada 9 Julai 1985.

21-10-2024
Berita Auto

Peluang Rebut Proton S70 Sempena Kempen Jualan Akhir Tahun

PROTON melancarkan Kempen PROTON Vaganza Akhir Tahun sehingga 31 Disember ini.

05-10-2024
Berita Auto

Rakyat M'sia Suka Kereta PROTON Sebab Itu Jualan Proton Mencanak

Jualan kereta Proton sudah melebihi 100,000 dalam tempoh enam tahun berturut-turut gara-gara harganya yang cukup mampu milik.

05-09-2024
Berita Auto

Kereta Terbakar, Mujur Tiada Orang Dalam Kereta

Tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di kawasan parkir di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak.

11-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026