Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemasangan Dashcam: Ini Penjelasan Menteri

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.

Sebaliknya, Kementerian pengangkutan ada menerima beberapa Cadangan mengenai pemasangan dashcam sebelum ini.

“Namun kami perlu mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk kos yang perlu ditanggung rakyat sekiranya ia diwajibkan.

"Akan tetapi, kita menggalakkan pemasangan dashcam terutama pada kenderaan-kenderaan daripada pengilang.

"Kalau mereka boleh pasang (dashcam) bersekali dengan kereta baharu, itu amat kita galakkan tetapi setakat ini kita belum mewajibkan lagi," kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

image.png

Bagaimanapun, beliau menggesa syarikat pengusaha bas untuk memasang peranti tersebut agar dapat merakam dan dijadikan bahan bukti sekiranya terlibat kemalangan jalan raya.

"Pemasangan dashcam ini satu bukti sekiranya berlaku kemalangan untuk mengetahui siapa yang bersalah atau yang patut bertanggungjawab," katanya.


Gallery

Tag:

malaysia dashcam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Patut Wajibkan Pasang Dashcam, Bukan Lagi Aksesori

Dashcam sepatutnya dijadikan sebagai peralatan standard dalam kenderaan, khususnya bagi kenderaan e-hailing dan kegunaan komersial.

26-01-2026
Berita Auto

Kerajaan Perlu Tawar Subsidi Untuk Beli Dashcam Sebab Bukan Semua Mampu Beli

Kerajaan sepatutnya mempertimbangkan untuk menawarkan pengecualian cukai atau subsidi untuk pembelian kamera papan pemuka bagi menggalakkan penggunaannya.

09-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026