Link Copiedcheck_circle
EV

Pesaing Nissan Ariya Dah Sampai

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Generasi kedua GAC Aion V membuat penampilan global pada pameran 2024 Beijing International Automotive Exhibition, baru-baru ini.

Untuk rekaan terbaharunya, pereka Aion telah mengambil laluan prasejarah dalam merangka Aion V baharu, dengan menonjolkan isyarat reka bentuk yang diilhamkan oleh dinosaur Tyrannosaurus Rex.

image.pngimage.png

Dari segi penggayaan, GAC AION V menampilkan reka bentuk menarik yang diserlahkan oleh lampu depan jenis LED dengan gaya badannya yang berkotak.

Mengenai ukurannya, panjang Aion V adalah 4,605 mm manakala jarak roda pula 2,755 mm.

image.png

Ini membuatkan Aion V adalah SUV segmen C yang mampu bersaing dengan Nissan Ariya.


Apa yang penting ialah platform baharu ini disumbat dengan pek bateri yang lebih besar serta sistem penyejukan cecair untuk persediaan motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 181 HP. 

Walaupun GAC Aion tidak menyatakan kapasitinya, pek bateri sumber CATL cukup baik untuk memberikan jarak gerak 750 KM selain mampu menahan suhu antara -30°C hingga 55°C.

image.png

Setakat ini, GAC masih belum mendedahkan kabin Aion V namun yang pastinya, ia sarat dengan teknologi canggih selain hadir dengan susun atur dua barisan tempat duduk dimana ia menawarkan, lima tempat duduk secara standard. 

Terima kasih kepada tempat duduknya yang boleh dilipat sepenuhnya dan peti sejuk terbina dalam, Aion V ialah SUV EV perkhemahan yang cukup ideal.

Difahamkan, GAC Aion V akan mula dijual di China pada akhir Julai tahun ini, diikuti oleh pasaran antarabangsa lain dalam masa terdekat. 

image.png

Untuk makluman, jenama itu sudah pun hadir dalam pasaran utama ASEAN seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Jadi terdapat peluang besar bahawa kita  mungkin melihat SUV EV segmen C baharu ini memasuki pasaran kita.


Gallery

Tag:

GAC Aion V
GAC Group
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026