Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Kia EV9 Serba Baharu Kini Rasmi di Malaysia – 2 Varian, Dari RM369K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

THUMB-KIA-EV9.png


Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Kia di Malaysia hari ini telah melancarkan Kia EV9 Serba Baharu untuk pasaran Malaysia yang kini boleh ditempah dengan harga bermula daripada RM369,668.00. Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu EV9 GT-Line 7 tempat duduk dan EV9 GT-Line 6 tempat duduk. 


TRENKUASA KIA EV9 SERBA BAHARU


Kia EV9 merupakan SUV flagship tiga baris tempat duduk pertama dan model kedua Kia yang dibangunkan berdasarkan platform modular global elektrik (E-GMP) Kia. Model ini dikuasakan oleh pek bateri bervoltan tinggi 99.8 kWj yang menyalurkan kuasa kepada dua motor elektrik yang menggerakkan gandar depan dan belakang. Dengan cas penuh, EV9 AWD boleh mencapai jarak perjalanan elektrik sehingga 505 km dengan kuasa 380 hp dan tork 700 Nm. 


Ia menggunakan sistem pengecasan unit kawalan pengecas terintegrasi (ICCU) yang membolehkan fungsi pengecasan vehicle-to-load (V2L) untuk pengecasan peralatan elektrik menggunakan bateri kenderaan sehingga 3.6 kWj. 


REKA BENTUK KIA EV9 SERBA BAHARU


Kia-EV9-Launch-12.jpeg

Kia-EV9-Launch-9.jpegKia-EV9-Launch-5.jpeg


Kia EV9 berukuran 5,010 mm (panjang), 1,980 mm (lebar) dan 1,755 mm (tinggi) dengan jarak antara roda 3,100 mm. Dari segi rekaan, Kia EV9 kelihatan futuristik dengan lampu yang menegak di bahagian hadapan dan aura agresif dengan rekaan “Digital Tiger Face” yang diserlahkan oleh gril cahaya bercorak digital (Digital Pattern Lighting Grille). Selain itu, lampu nyalaan siang (DRL) Star Map yang menghasilkan corak pencahayaan sofistikated menyerlahkan lagi model ini. Ciri lain di bahagian luar Kia EV9 ialah penggunaan rim bersaiz 21 inci. 


KABIN KIA EV9 SERBA BAHARU


Kia-EV9-4.jpeg

Kia-EV9-10.jpegKia-EV9-7.jpeg


Dalam rekaan ruang kabin Kia EV9, perekanya memberikn tumpuan kepada ruang,  keselesaan dan penggunaan teknologi yang terkini. Dengan jarak antara roda yang panjang, ruang kabinnya cukup luas untuk keselesaan penumpang. Antara kelengkapan yang disediakan ialah dua skrin sentuh berukuran 12.3 inci, yang mana sistem infotainmennya boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem hiburan ini dilengkapkan dengan sistem audio Meridian® 14 speaker. Kemudahan lain ialah pad pengecas tanpa wayar, port pengecas USB-C dan pencahayaan ambien. 


CIRI KESELAMATAN KIA EV9 SERBA BAHARU


Kia EV9 dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan standard yang termasuk 10 beg udara SRS (pemandu depan & penumpang, lutut pemandu, sisi, tirai dan sisi tengah), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Bantuan Keluar dengan Selamat (SEA) yang memberikan amaran dan mengunci pintu jika kenderaan yang mendekati dari belakang dikesan dalam titik buta. Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Amaran Penumpang Belakang (ROA), cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak dan Bantuan Mula-Daki (HAC).


Ciri Keselamatan Canggih (ADAS) EV9 termasuk Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA), Bantuan Pengelak Pelanggaran Parkir PCA), Bantuan Pengelak Pelanggaran Titik Buta (BCA), Bantuan Lintasan Trafik Belakang (RCCA)  dan banyak lagi. 


HARGA JUALAN, PILIHAN WARNA & WARANTI KIA EV9 SERBA BAHARU


Kia-EV9-Launch-1.jpeg


Kia EV9 Serba Baharu ini diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea Selatan. Model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Ocean Blue, Snow White Pearl, Pebble Gray, Aurora Black Pearl dan Iceberg Green. 


Kia EV9 kini boleh ditempah pada harga yang bermula daripada RM369,668.00 (atas jalan, tanpa insurans) dari mana-mana cawangan pengedaran Kia terdekat. Pembelian adalah termasuk jaminan pengeluar selama 5 tahun atau 150,000 km (mana yang terlebih dahulu) dan juga jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 km (mana yang terlebih dahulu). 

Tag:

Kia EV9
Kia Malaysia
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd
Kia EV9 Serba Baharu
SUV Elektrik Kia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan

Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan

Jenama Kia Sales Malaysia (KSM) yang akan beroperasi pada 1 Januari depan mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai rancanga.

12-12-2025
Global
Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.

01-08-2024
Kereta Baru
Kia EV9 2024 Dilancarkan Di TRX, Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Capai 505 KM, Dari RM369K!

Kia EV9 2024 Dilancarkan Di TRX, Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Capai 505 KM, Dari RM369K!

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd hari ini telah melancarkan kenderaan elektrik bateri (BEV) keduanya di pasaran Malaysia, Kia EV9 2024 di The Exchange TRX.

11-06-2024
Berita Auto
EV6 Nampak Sama Macam EV9 Tapi Ada Bezanya

EV6 Nampak Sama Macam EV9 Tapi Ada Bezanya

EV6 kelihatan agresif walaupun ia cuma kenderaan elektrik.

15-05-2024
Kereta Baru
KIA EV9: Ada 2 Varian, Harga Lebih RM400K

KIA EV9: Ada 2 Varian, Harga Lebih RM400K

Bagi yang berminat, anda sudah boleh membuat tempahan EV9 bermula hari ini.

06-04-2024
EV
Ini Imej Kia EV5 Yang Bakal Didedahkan Secara Rasmi Di China 25 Ogos Nanti

Ini Imej Kia EV5 Yang Bakal Didedahkan Secara Rasmi Di China 25 Ogos Nanti

Kia EV5 baharu versi pengeluaran telah dikesan di China.

18-08-2023
EV
Kia EV9 Dikesan Di Malaysia – Bakal Jadi Pasaran RHD Pertama?

Kia EV9 Dikesan Di Malaysia – Bakal Jadi Pasaran RHD Pertama?

Kia EV9 telah dikesan di Malaysia buat kali pertama beberapa hari yang lalu.

07-08-2023
Global
Kia Tawar Kemas Kini Perisian: Ada Cadangan Laluan EV, SoundHound & UX Lebih Baik

Kia Tawar Kemas Kini Perisian: Ada Cadangan Laluan EV, SoundHound & UX Lebih Baik

Kia telah mengumumkan bahawa kemas kini perisian over-the-air (OTA) sudah ditawarkan.

11-07-2023

Berita Terkini

Kereta Baru
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru
Proton S70 MC1  2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026